berita

Geram Lihat Perangai 2 Makcik Yang ‘Rembat’ Krimer & Gula Di Ikea, Wanita Ini Tegur…Sentap!

August 2nd, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanikea

Kemajuan sesebuah negara sebenarnya diukur juga melalui mentaliti rakyatnya. Lihat bagaimana negara seperti Jepun diiktiraf sebagai sebuah negara yang maju dek kerana rakyatnya yang mempunyai mentaliti yang cukup bagus. Macam-macam perkara elok yang kita baca tentang rakyat mereka ini kan.

Kita pula macam mana? Masih lagi berebut dan berhimpit-himpit menaiki tren? Sampah dengan ‘slumber’ buang melalui tingkap kereta? ‘Rembat’ gula dan krimer segenggam di Ikea?

Songlap segenggam terus

Screen Shot 2016-08-02 at 12.05.47 PM

So tadi kami pergi lah IKEA Cheras sebab nak beli barang untuk rumah baru.

Lepas beli barang kami pun teringin nak makan aiskrim so kitorang pun beli la aiskrim. A bit terkejut kat situ sebab kena pakai token.

Tapi bila mengenangkan orang Malaysia yg ada budaya suka ambil lebih² “sebab dah bayar”, rasa macam bagus juga la ada token tu.

Tapi still rasa kecewa la sebab mentaliti tu.

Pastu sambil² makan aiskrim, datang dua aunties pergi songlap paket² gula, krimer dengan kayu pengacau kopi. Sekali ambil segenggam terus.

Kami pandang je.

Sekali.

Dua kali.

Orang IKEA refill lagi peket² kat situ.

Kali ketiga. Tapi dia perasan kami dah jeling² tajam. So dia ambil sepeket je lagi gula. Kami pandang je diorang berdua sambil diorang minum kopi tu. Dua² dah tak senang duduk sebab perasan kitorang pandang diorang tak kelip² mata.

Paling tak boleh blah, aunties tu suruh ada budak² sekolah kat situ curi kan kayu pengacau kopi tu untuk dia.

Time tu acik dah paneh. Nak molotup palo acik tgk budak² tu ambik segenggam kayu² pengacau tu.

Auntie you tak malu ke?

Maka, Azmira pun buat la seperti apa yang cikgu Azmira selalu buat. Dengan suara cikgu yg kuat ni, saya pun pergi kat meja dia:

“Auntie, you tak malu ke ambil gula, krimer dengan stirrer tu banyak²? You ambil ulang² sampai tiga kali, banyak pulak tu? Habis tu orang nak minum kopi nak pakai apa?!”

Terkujat makcik tu, mula² dia jeling tapi stay kat meja dia. Pastu bila ramai dah pandang², dia terus blah

Tapi budak² sekolah yg telah diarahkan untuk mencuri bagi pihak dia tu tetap pergi ambil segenggam lagi kayu pengacau tu.

“Adik, kau jangan nak ambil banyak² untuk auntie tu. Ni nama dia mencuri!”

Budak² sekolah tu tersipu-sipu pastu terus blah jugak.

So pengajaran kat sini. Kalau pun dah bayar duit kopi tu, bukan bermaksud boleh ambil 80 paket gula bawa balik.

Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?

Jangan sampai ambil paket gula pun kena pakai token nanti.

Sumber : Azmira Amran

SKIP THIS AD ×