berita

Girls’ Generation Lancar Single Terbaru, My Oh My

November 6th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Girls' Generation

Setelah berjaya memenangi anugerah YouTube Music Awards (YTMA) menerusi kategori Video of the Year baru-baru ini, Girls’ Generation kini tampil dengan single serta video klip terbaru mereka berjudul,  My Oh My.

Artikel Berkaitan :

Nampaknya aura kumpulan ini memang tidak dapat disangkal lagi apabila MV terbaru mereka yang baru sahaja dilancarkan Isnin lepas telah berjaya mencapai lebih 2 juta tontonan dan 70 ribu like.

Girls' Generation

Elemen silap mata ditonjolkan dalam MV My Oh My

Menerusi klip video berdurasi 3.27 ini, Girls’ Generation dilihat telah memilih elemen silap mata sebagai konsep utama mereka dan diselang selikan dengan tarian.

Namun begitu tarian mereka pada kali ini dilihat sedikit mendatar dan tidak selincah seperti video klip I Got A Boy.

Apa pun, bagi peminat Girls’ Generation yang masih belum menonton video klip terbaru mereka, jom layan video My Oh My selepas ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×