berita

Grab Bawa Juadah Kegemaraan Bazar Ramadan Ke Rumah Anda

April 9th, 2020 | by Wan
Shout Out!

Grab Malaysia mengumumkan kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendigitalkan ribuan peniaga bazar Ramadan. Melalui kerjasama ini, jutaan rakyat Malaysia tetap dapat menikmati menu istimewa bazar Ramadan walaupun negara sedang dilanda wabak.

Mereka hanya perlu tinggal di rumah, buat pesanan dan makanan yang ditempah dihantar di hadapan pintu!

Galak pembayaran atas talian

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata inisiatif ini bagi membantu pemilik restoran dan peniaga melakukan jual beli secara atas talian walaupun tanpa kehadiran fizikal menggunakan GrapPay, GrabFood dan GrabExpress.

Setiap tahun, usahawan mikro dan penjual di laman sosial mengharapkan musim ini sebagai tempoh yang paling sibuk dan mengambil bahagian dalam Bazar Ramadan di kawasan kejiranan mereka, mengadakan gerai “pop-up” di seluruh bandar-bandar kita. Tetapi tanpa kehadiran fizikal, mereka mungkin tidak dapat menghasilkan jualan yang sama seperti sebelumnya. Oleh itu, kami mahu menyokong dan menggalak mereka untuk mengguna khidmat pembayaran tanpa tunai serta mengembangkan jangkauan mereka kepada jutaan pengguna Grab melalui perkhidmatan dalam ekosistem kami seperti GrabPay, GrabFood dan GrabExpress untuk membantu mereka menguruskan penghantaran barang mereka, sama ada kegemaran bazar, kuih-muih atau pakaian Hari Raya.

Sebagai perkhidmatan tempatan, Grab sentiasa menggalakkan peniaga untuk menguasai ekonomi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka. Grab baru-baru ini mengambil keputusan untuk menyokong restoran persendirian dan penjaja kecil dengan kempen “Local Heroes” Grab kerana mereka tidak mungkin dapat mengharungi kesan ekonomi yang teruk di masa depan.

Sokong peniaga kecil

Selain daripada negeri-negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Grab juga aktif berbincang dengan majlis-majlis tempatan lain mengenai kemungkinan mendigitalkan peniaga Bazar Ramadan tempatan untuk melindungi pendapatan usahawan-usahawan mikro ini.

Selain menjadikan e-Bazar Ramadan suatu realiti, Grab juga mempunyai dua inisiatif lain untuk membawa semangat Ramadan ke rumah rakyat Malaysia sambil menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro.

Pertamanya, Grab bekerjasama dengan pelbagai pilihan rakan restoran mereka untuk mengaturkan menu kegemaran Ramadan, yang sudah wujud berzaman seperti Ayam Percik, Murtabak dan Roti John supaya boleh didapati di GrabFood tepat pada masanya apabila bulan puasa bermula.

Kedua, Grab juga mengalu-alukan penjual di laman sosial dan usahawan mikro berpangkalan di rumah di seluruh Malaysia untuk menggunakan rangkaian rakan pengantar yang lebih daripada 100K di seluruh negara untuk membantu mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dalam talian mereka secara lebih mudah dan cekap.

Daftar sekarang

Untuk restoran dan penjual di laman sosial yang berminat untuk memanfaatkan sumber Grab boleh menghubungi syarikat melalui grb.to/GrabRamadan. Majlis-majlis tempatan yang berminat untuk meneroka digitalisasi Bazar Ramadan tempatan juga boleh menghubungi Grab di laman web yang sama.

Mulai 9 April 2020, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk keperluan perayaan anda apabila anda membeli-belah dalam talian menggunakan GrabPay dengan promosi Grab ‘Raya Deals Dari Rumah’

SKIP THIS AD ×