berita

Gulungan Jelita Rambut Taylor Swift Menaikkan Seri Dalam Bergaya!

September 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rambut, merupakan mahkota perhiasan yang paling berharga bagi si cantik dalam berfesyen. Tidak sah sekiranya melangkah ke luar rumah tanpa sedikit aura keindahan pada rambut. Pasti si gadis akan berusaha mengubah pelbagai bentuk rambut bagi mencipta kesan yang menarik mengikut kesesuaian pada rambut. Kini, Ohbulan ingin mempamerkan fesyen gulungan rambut daripada Taylor Swift yang mampu menyerlahkan aura pesona si jelita.

Gulungan jelita yang diperhalusi dengan belahan kerinting halus mampu menaikkan seri si cantik. Pelbagai fesyen yang boleh dilakukan bagi menampilkan hasil yang lebih seksi dan anggun. Dengan sedikit bantuan alat rambut iaitu pelembap, rambut akan kelihatan lebih bersinar. Ianyanya juga mampu menonjolkan aura kemewahan dalam pengayaan. Si cantik pasti tampil lebih manis.

Berikut adalah foto gulungan mempersonakan daripada Taylor Swift:

SKIP THIS AD ×