Untuk korang yang memandu kereta atau menunggang motosikal tu, pasti mahukan perlindungan yang terbaik untuk enjin kenderaan korang kan?
Paling penting ialah operasi enjin mesti berjalan dengan lancar untuk memaksimumkan prestasinya dalam semua keadaan, supaya perjalanan korang lebih selamat dan cepat sampai ke destinasi!
Tapi ada ke minyak pelincir yang boleh bagi prestasi enjin yang terbaik siap dapat hadiah menarik lagi?
Jawapan dia mesti lah ada!
Pasti korang teruja nak tahu produk apa kan? Jom baca!
Caltex Havoline & Delo menjanjikan kelancaran enjin korang!
Untuk korang yang tak tahu, Caltex mempunyai minyak pelincir yang direka khas untuk melindungi serta memberi kelancaran terhadap enjin kenderaan korang.
Minyak pelincir Havoline dan Delo ini merupakan produk premium keluaran Caltex. Kedua-dua minyak pelincir ini mampu memberikan prestasi yang baik serta menjamin memberikan perjalanan yang lancar untuk korang tau.
Sebenarnya, minyak enjin Havoline yang dimaksudkan adalah untuk kenderaan petrol, manakala minyak enjin Delo lebih digunakan untuk kenderaan diesel.
Perlindungan enjin, jimatkan kos?
Mesti korang pelik kan? Yela, ada ke enjin kereta yang boleh jimatkan kos?
Yup, dengan minyak pelincir Caltex sebagai minyak pelincir utama, sistem enjin korang akan bertambah baik dan seterusnya dapat mengelakkan daripada sebarang kerosakan seperti enjin menjadi haus.
Kalau korang nak tahu lah kan, Caltex Havoline ni mempunyai Teknologi Deposit Shield ™ dan formulasi sintetik sepenuhnya yang menyediakan perlindungan yang berterusan untuk enjin korang. Mantap!
Sebenarnya, minyak pelincir yang baik dapat berfungsi untuk menjana lebih kuasa, memberi penjimatan bahan api dan yang lagi best mampu bertahan lebih lama. Terbaik!
Ermmm…korang pun tahu kan kalau dah rosak memang kena pakai banyak duit lah cerita dia. Mesti mahal! Lebih baik korang beli Caltex Havoline dan Delo ni jimat pun jimat tau.
Minyak pelincir Havoline dan Delo ini mampu melindungi kereta korang dengan lebih baik sebab ia mengalir dengan baik dalam keadaan suhu sejuk dan melindungi enjin dalam suhu panas, walaupun ketika enjin berada di bawah beban berat.
Yang paling penting, semua rangkaian minyak pelincir Caltex Havoline ni bertaraf dunia dengan Dexos1 Gen2. Wow!
Minyak enjin Havoline ProDS Fully Synthetic ini mampu memanjangkan jangka hayat kereta yang moden dengan teknologi enjin lebih canggih seperti pengecas turbo dan suntikan terus petrol.
Jom rebut hadiah eksklusif sempena Tahun Baru Cina dengan setiap pembelian produk terpilih Caltex Havoline atau Delo!
Sempena Tahun Baru Cina ini, Caltex nak bagi hadiah eksklusif kepada pelanggan yang bertuah tau.
Ni yang buat lagi excited nak beli minyak pelincir kat Caltex betul tak? Korang mesti tertanya-tanya hadiah apa yang korang bakal dapat kan?
Dengan setiap pembelian rangkaian minyak pelincir terpilih Caltex Havoline atau Delo, korang akan menerima :
- 6 set mangkuk khas
- 1 set khas yang mempunyai 2 mangkuk dan sudu
Promosi ini berlangsung dari sekarang hingga 28 Februari 2023 atau sehingga stok masih ada. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai promosi Tahun Baru Cina ini.
Jadi tunggu apa lagi, cepat pergi ke stesen Caltex atau bengkel autoPro Havoline berhampiran korang dan dapatkan stok minyak enjin Havoline dan Delo premium yang sudah terbukti baik untuk kenderaan korang.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Caltex atau ke laman Facebook mereka. Jadikan setiap perjalanan korang bermanfaat!