berita

Guru Didakwa Dengar Suara Halus Sebelum Terjun Bangunan

March 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang guru wanita didakwa mendengar bisikan halus selama empat hari berturut-turut sebelum terjun daripada bangunan sekolahnya.

Artikel Berkaitan: Selalu Kena Marah Sebab Main Telefon & Keluar Malam, Remaja Nekad Terjun Dari Bangunan

Artikel Berkaitan: Terjun Dari Tingkat 28, Wanita Ditemui Maut Tersangkut Di Tingkat 20 Kondominium

Alami masalah kesihatan mental

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang itu menyaksikan seorang guru bertindak terjun dari tingkat empat bangunan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) pada tengah hari Jumaat.

Saksi kejadian menyatakan bahawa dia melihat guru itu berada di tingkat empat sekolah tersebut dan sedang berada di luar penghadang bangunan seperti ingin terjun dari situ. Tambah saksi lagi, ada seorang guru lain yang cuba memujuknya namun usaha tersebut gagal.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata guru itu telah menerima rawatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Menurut beliau lagi, guru berusia 28 tahun tersebut tidak tahu menahu akan kejadian yang sedang menimpanya dan hanya menurut bisikan yang didengarinya.

Hasil temubual dengan mangsa yang berada dalam keadaan separa sedar menyatakan dia tidak tahu kejadian yang berlaku dan hanya mendengar suara halus dalam tempoh empat hari berturut-turut supaya terjun dari bangunan sekolah.

Walau bagaimanapun, dia terselamat dan cedera ringan iaitu hanya mengalami bengkak, luka, lebam pada muka dan calar pada siku kiri.

Dalam pada itu, menurut kenyataan saksi juga, guru tersebut pernah menerima rawatan dan masih lagi dalam pemantauan di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa sebagai pesakit psikiatri.

Kes ini kemudian dicadangkan untuk dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan  memandangkan mangsa adalah pesakit psikiatri di situ.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×