Makanan tengah hari seorang kanak-kanak sekolah rendah di Indonesia baru-baru ini menjadi tumpuan selepas dia membawa empat ekor ulat sagu besar sebagai bekal.
Artikel Berkaitan: Guru Besar Suruh Tiga Murid Sekolah Rendah Jilat Dinding & Makan Kertas
Artikel Berkaitan: Cikgu Membebel Murid Tak Bawa Pembaris – ‘Keluarga Kamu Miskin Ke?’
Ditertawakan rakan sekelas
Menerusi laporan Suara.com, video mengenai kejadian tersebut dimuat naik di akaun TikTok @iam.omad. Dalam video yang tular itu, guru tersebut bertanya apakah bekalan yang dibawa oleh setiap pelajarnya, lalu kanak-kanak itu membuka bekas makan tengaharinya ketika itu.
Alangkah terkejutnya guru itu melihat anak muridnya membawa empat ekor ulat sagu dan juga nasi.
Namun malangnya, guru tersebut seolah-olah menghina rezeki anak muridnya dengan bertanya mengapa masih ada pihak yang menjadikan ulat sagu sebagai lauk pada 2023.
Ulat ni! Ulat? Tahun 2023 tapi kenapa lauk masih ulat?
Pelajar-pelajar lain di belakang juga turut mentertawakan kanak-kanak itu.
Walaupun video tersebut telah dipadam, namun ianya telah tular dan mendapat perhatian ramai netizen. Ada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut.
Sumber: Suara.com