berita

Guru Luah Rasa Sayu Lihat Mask Murid Berdaki, Tali Dijahit Semula

August 6th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Mulai 1 Ogos, kerajaan telah menguatkuasakan pemakaian pelitup muka bagi mengekang penularan wabak pandemik. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk menukar dan membeli pelitup muka baru setiap hari.

Artikel berkaitan: Wajib Pakai ‘Face Mask’ Di Tempat Awam Mulai 1 Ogos Atau Denda RM1000

Terbaru menerusi satu posting di laman Twitter seorang guru telah berkongsi kisah yang menyedihkan apabila salah seorang pelajarnya yang menggunakan pelitup muka kelihatan sangat daif. Bukan sahaja tercemar malah tali dijahit semula menggunakan benang.

Terdiam tengok mask

Akui cikgu yang dikenali sebagai Fazri Hassan ini, dengan situasi tersebut membuatkan dia terdiam mengenangkan nasib anak didiknya itu. Selain itu, ada juga sesetengah dari pelajarnya itu memakai pelitup muka dengan berulang kali dan menukar kepada yang baru selepas 2 ke 3 hari pakai.

Dia yang simpati dengan nasib anak didiknya yang susah serta daif itu, Fazri telah memberi beberapa keping pelitup muka yang baharu buat mereka dan juga menyediakan awal-awal pelitup muka baharu untuk diberi secara percuma kepada pelajar lain yang tidak berkemampuan.

Berharap ada sumbangan

Fazri juga mengambil kesempatan itu dengan menyeru mereka yang berkemampuan menghulur sumbangan pelitup muka, handwash dan hand sanitizer kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dengan anda untuk membantu murid yang kurang berkemampuan.

Menerusi perkongsian itu, ianya berjaya menarik perhatian ramai netizen sehingga mendapat 5.4k retweets dan 5.1k likes. Ruangan komen juga dihujani dengan pelbagai rekasi positif oleh pengguna Twitter yang lain.

Sumber : Fazri Hassan

SKIP THIS AD ×