Penjagaan kesihatan mulut adalah sangat penting untuk mengelakkan kerosakan pada gigi dan penyakit gusi. Bila sakit gigi menyerang, ia sekali gus mengganggu rutin seharian sampai migrain dibuatnya!
Oleh itu, bagi individu dewasa, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun.
Selalu berdarah ketika berus gigi?
Foto: myHEALTH KKM
Tahukah anda, salah satu ancaman terbesar bagi kesihatan mulut adalah masalah gusi. Masalah ini kebiasaannya berpunca daripada pembentukan plak bakteria di garis gusi. Antara tanda-tanda masalah gusi adalah pendarahan sewaktu memberus gigi. Walau bagaimanapun, masalah ini seringkali dipandang remeh.
Kajian Kesihatan Mulut Orang Dewasa Kebangsaan atau The National Oral Health Survey of Adult (NOHSA) pada tahun 2010 mendapati penyakit gusi boleh memberi kesan kepada 94% populasi. Ini sekaligus menjadikan penyakit gusi paling lazim di Malaysia walaupun sebenarnya ia boleh dicegah sekiranya dirawat dari awal.
Jom belajar cara jaga mulut dengan betul
Menyedari masalah ini, Parodontax, ubat gigi pelindung gusi oleh GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare, telah menganjurkan satu program khas secara online untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan penjagaan mulut yang betul.
Di samping itu, anda turut didedahkan kepada kaedah mengenalpasti dan pencegahan yang akan mengurangkan kesan penyakit gusi. Menarik kan?
Untuk lebih informasi, jangan lupa sertai sesi live di Facebook Parodontax Malaysia (https://www.facebook.com/ParodontaxMY/live/) pada hari Khamis (26 November 2020) jam 11:00 sehingga 11:45 pagi.
Menerusi sesi live tersebut, anda turut berpeluang bersoal jawab mengenai masalah gigi dengan pakar. Jumpa anda di sana!