berita

‘Hadiah Untuk Wanita Yang Sedang Berjuang’ – Hijrah Neelofa Terima Pujian Rakan Artis

October 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Penghijrahan pengacara popular iaitu Neelofa mula mengenakan niqab undang perhatian ramai. Keputusan untuk memakai niqab itu diumumnya sendiri di platform sosial media, semalam.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’

Rata-rata peminat dan rakan industri memuji perjalanan baharu pengacara kesayangan ramai ini. Malah, mereka juga mendoakan agar Neelofa terus beristiqomah dan kuat hadapi apa jua ujian yang mendatang.

Salam perjuangan buat sahabat

 

View this post on Instagram

 

Smlm masa cari bahan2 utk share hari ini Jumaat, tiba2 wajahnya berniqab muncul di IG. Terus sebak, mendoakan agar dia dan kita semua kuat dlm hijrah & istiqomah.Teringat saat awal2 dia hijrah. Dia share msa berbual dlm telefon sblm menjemputnya ke program @usrahsuci dulu. Such an inspiration. . Maka INI HADIAH utk DIA & semua WANITA YG SDG BERJUANG. SOLEHAH . Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri. Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya Daya penarik wanita solehah itu bkn pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin. Dan bkn pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu. Bukan dan tidak sama sekali. Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain. Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek. Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya. Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. Wahai wanita jgn dibangga dengan kecantikan luaran, krn satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman.Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi Wahai wanita jgn berbangga dgn ilmu duniawi yang kau kuasai, krn ada lagi manusia yg lebih berpegetahuan darimu. Wahai wanita jgn pula berdukacita atas kekurangan dirimu, krn ada lagi insan yang lebih malang darimu. Wahai wanita solehah jgn dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya. Bersyukurlah diatas apa yang ada. Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. Salam perjuangan buat sahabat, Wanita solehah @neelofa. “Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah” Doakan kita, seluruh wanita punyai kekuatan utk Hijrah dan Istiqomah. AAMIIN. #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #muslimah #hijrah

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

Pelakon Yatt Hamzah menerusi laman Instagram meluahkan rasa sebak dengan berita penghijrahan baharu Neelofa. Dia juga memberi nasihat dan menegur sebahagian wanita untuk menutupi aurat mereka. Yatt turut mendoakan agar Neelofa terus berjuang demi keluarga, bangsa dan agama.

Terinspirasi dengan penghijrahannya

 

View this post on Instagram

 

Masyaa’Allah.. betapa sayang nye ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW terhadap kak lofa.. “Hidayah itu milik Allah SWT” . . Betul2 terinspirasi dengan penghijrahan yang besar yang kak lofa buat kali ni.. Allahuakhbar ? . . Dari dulu, Mawar sentiasa fikir apa benda yang terbaik Mawar boleh bagi inspirasi kpd followers Mawar.. dan skrg mawar da tau hala tuju mawar.. inspirasi ke utk ke ke jalan ALLAH SWT..Alhamdulillah Allah SWT bg PELUANG kat Mawar untuk dikenali ramai orang, ada followers.. Mawar fikir, mungkin Allah SWT bg Mawar peluang ni, untuk Mawar ‘kongsikan’ benda2 yang baik kpd org yg tengok Mawar.. . Dan.. Nilah antara salah satu faktor Mawar berhijrah jugak.. sebab Mawar nk menjadi contoh yang baik kpd semua org yg melihat Mawar.. YOU! you all semua yg baca caption ni la yang Mawar ni lah yang buat Mawar rasa lebih kuat untuk tidak membuat perkara yg tidak baik kerna benda yg x baik itu boleh dipengaruhi oleh org ? jangan salah faham.. bukan mawar brubah ni sbb manusia.. Faktor utama Mawar pilih destinasi ni, kerana Allah SWT.. Kerana Mawar takut dengan ALLAH SWT.. dan nk dekat dan nakkan Cinta dari Allah & Rasulullah.. nak mencari makna sebenar KEBAHAGIAAN.. jd YOU are my supporters my dear followers ? Sbenarnya bukan mudah utk jadi ‘org dikenali’ ni.. mudah untuk kita mendapat dosa sebenarnya.. dan mudah utk dpt pahala juga.. insyaa’ALLAH ?? . Back to kak lofa, i am so proud of her.. pergi mana2, mesti semua org sebut pasal kan lofa.. semua org terINSPIRASI dengan perjuangan beliau.. Mawar duk fikir sorang2.. besar nye pahala kak lofa.. bile tgk dkt telegram grup tu lagi.. Masyaa’Allah.. hebat sgt2 perjuangan kak lofa.. Alhamdulillah bahagia untuk kak lofa.. Mawar doakan kak lofa terus istiqomah dalam setiap perintah Allah SWT dan teruskan bg inspirasi kepada kami semua. Allahuakhbar ? doakan Mawar jugak semua..

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Sementara itu, pelakon Mawar Rashid juga sebak dengan penghijrahan rakan baiknya itu. Menurutnya, dia terinspirasi dengan penghijrahan yang telah dilakukan Neelofa. Tambah Mawar, penghijrahannya untuk berhijab juga adalah bukan semata-mata kerana manusia atau pengikut tetapi dia memilih kerana Allah SWT.

Mawar meluahkan rasa bangganya dengan Neelofa. Perjuangan pengacara terkenal itu secara nyata telah memberi inspirasi kepada ramai lagi orang termasuk keluarga dan pengikut.

Beautiful ukhti!

Malah, rakan-rakan selebriti juga mendoakan agar Neelofa kekal istiqomah dalam memperbaiki diri sebagai seorang muslimah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×