Sebelum ini, pelakon Hafidz Roshdi ada memuat naik hantaran di Instagram dengan memaklumkan dia bakal menyertai satu pertandingan boxing yang akan berlangsung pada 15 Julai depan.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Tiba-Tiba? Selama Anak Dia Hidup Tak Pernah Ambil Tahu Pasal Instagram’ – Nurul Shuhada
Artikel Berkaitan: Hadanah: Shuhada Terkejut Hafidz Ubah Fikiran, Anggap Tiada Pendirian – ‘Saya Terus Jadi Perempuan Keji’
Cari sponsor
Susulan itu, dia telah mencari mana-mana pihak yang sudi menaja beberapa alatan sebagai persiapan menjelang pertandingan tersebut.
Hafidz menerusi beberapa siri hantaran terbaharu di Instagram Stories (IG Story) miliknya berkata, antara alatan yang diperlukan adalah Groin Guard Male (pelindung kemaluan) dan Mouth Guard (pelindung mulut).
Pun begitu, aktor berusia 28 tahun itu turut menegaskan dia akan menyekat (block) mana-mana individu yang tidak serius memberi penajaan serta golongan ‘gay’.
Siapa boleh sponsor groin guard ini sila DM (direct message), yang pelik-pelik dan gay akan diblock.
Siapa boleh sponsor mouth guard saya untuk lawan 15 Julai ini.
Untuk info, Hafidz mula aktif dalam sukan boxing sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadikan sukan tersebut sebagai perkara serius. Malah Hafidz pernah menyertai beberapa pertandingan boxing sebelum ini.
Sumber: Instagram