Setiap pasangan pasti menghadapi masalah tersendiri dalam rumah tangga. Namun begitu, cara menghadapinya amatlah penting bagi mengekalkan keharmonian bersama.
Begitulah kisah pelakon Julia Farhana yang meluahkan rasa kecewa dengan segala tuduhan ke atas suaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Julia Farhana Sudah 4 Tahun Berhijab, ‘On Off’ Sebab Belum Bersedia
Artikel Berkaitan: Padam Foto Free Hair Di IG, Julia Farhana Kini Berhijab?
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ajak Dating Di Masjid’ – Julia Farhana Kongsi Momen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Dr Che Hafiz
Suami yang baik
Menerusi perkongsian di Stories Instagram (IG), Julia, 28, dilihat menjawab persoalan daripada seorang individu yang bertanya tentang suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.
Menurut Julia, Hafiz adalah seorang suami yang baik. Oleh sebab itu, dia terkilan dengan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap suaminya.
Dia suami yang hebat, bertanggungjawab, selalu memberi, pemaaf, bekerja keras. Kadang nak nangis tengok dia punya hardworking.
Luluh hati isteri ini bila tengok suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak bagitahu kebenaran tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata minta saya jadi kuat.
Tambah pelakon kelahiran Sabah itu, Hafiz masih menyimpan baju anak perempuannya di dalam almari.
Walau bagaimanapun, Julia akui bahawa segala yang jadi merupakan dugaan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Sekadar info, Julia Farhana sah menjadi isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022 di sebuah hotel di ibu kota.
Sumber: Instagram @juliafarhanamarin