Tindakan penyanyi Hafiz Suip memuat naik foto bersama dua orang anaknya di platform TikTok telah menyorot perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Akui Imej Rambut Hijau Hanya Gimik – ‘Kalau Ikut Hukum Memang Salah Tapi Ia Penting Dalam Dunia Hiburan’
Artikel Berkaitan: Anak Mahu Tiru Imej Rambut Hijau, Hafiz Suip Terus Botakkan Kepala – ‘Beristighfar Saya Masa Itu’
‘Goyah ke tu’
Menerusi ruang kapsyen, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip memberitahu dia amat merindui untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah tanda pagar yang digunakan penyanyi tersebut.
Rindu mereka (anak-anak) sangat. Goyah ke tu? #TerusBersinar #JanganMainApi
Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas saling berteka-teki mengenai tanda pagar tersebut sehingga ada yang membuat spekulasi dan andaian masing-masing.
Terdahulu, Hafiz dikatakan menghilangkan diri selepas dia bertindak menyahaktif atau ‘deactived’ akaun Instagram miliknya.
Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan rumah tangga Hafiz dengan isteri, Nureffy Jasreel sedang dilanda masalah.
Pun begitu, dakwaan berkenaan disangkal oleh pengurus pelantun lagu Awan Nano tersebut.
Imbas kembali, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Sumber: TikTok