berita

Anak Mahu Tiru Imej Rambut Hijau, Hafiz Suip Terus Botakkan Kepala – ‘Beristighfar Saya Masa Itu’

November 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

rambut hafiz

Penyanyi, Hafiz Suip baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas tampil berbeza dengan rambut berwarna hijau.

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Jawab Punca Berat Badan Susut

Artikel Berkaitan: Wany Kayrie & Ahmad Syafiq Terima Kecaman Netizen, Pandang Sudut Positif Bawa Lagu ‘Berakhirlah Pencarianku’

Botakkan kepala

rambut hafiz

Memetik laporan Harian Metro, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip mengaku penampilan tersebut adalah bertujuan untuk meraih perhatian. Justeru itu, Hafiz memohon maaf atas tindakannya yang dilihat kurang senang oleh sesetengah pihak.

Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.

Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Noktah Cinta ini mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya selepas menyedari imej tersebut membawa pengaruh buruk kepada anaknya.

Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya.

Saya lihat tindakan itu juga mempengaruhi budak-budak terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata, ‘Bonda, saya pun nak rambut macam ayah.’ Beristighfar saya masa itu.

Sementara itu, Hafiz turut berkongsi bahawa gaya rambut berwarna hijau tersebut adalah inspirasi daripada watak Roronoa Zoro di dalam siri drama One Piece.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×