Baru-baru ini Ha Dong-Hoon atau lebih dikenali sebagai Haha telah mengesahkan bahawa dia bakal meninggalkan dua program popular iaitu Teenage Parents 3 dan Marriage Hell.
Artikel berkaitan:[VIDEO] Peminat Teruja Lee Sun Kyung Ingin Cuba Baju Kurung & Kebaya – ‘Bangga Jadi Rakyat Malaysia’
Haha mahu berhenti
Baru-baru ini Ha Dong-Hoon atau lebih dikenali sebagai Haha telah mengesahkan bahawa dia bakal meninggalkan dua program popular iaitu Teenage Parents 3 dan Marriage Hell.
Memetik laporan YTN, Haha mengucapkan selamat tinggal kepada program hiburan MBN, Teenage Parents yang disiarkan pada 19 haribulan dengan mengatakan bahawa beliau akan berundur daripada jawatan dan digatikan dengan penyiar Seo Jang-hoon sebagai hos musim 4.
Sementara itu, Marriage Hell pula tetap meneruskan penggambaran asal dengan Oh Eun-Young sebagai pengacara dalam rancangan tersebut.
Dia hanya berhenti sementara dan bukannya menangguhkan aktiviti.
Tiada sebab istimewa mengapa dia mengundurkan diri. Cuma jadualnya terlalu padat dan mahu menyusunnya lebih rapi.
Haha mengalami masa yang sukar kini kerana aktiviti tiada henti jadi dia cuba menyusun jarak di dalam jadualnya namun dia bukanlah akan berhenti bekerja.
Walau bagaimanapun, Haha akan terus muncul seperti biasa dalam rancangan Running Man dan How Do You Play.
Sumber: YTN