Kepelbagaian kaum yang ada menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki budaya yang unik dan latar budaya yang berbeza.
Hal itu turut disedari oleh artis popular dari Korea Selatan, Lee Sun Kyung yang berminat dengan pakaian tradisional melayu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahir Berbahasa Isyarat, Song Ji Hyo Makin Disayangi Peminat Di Malaysia
Artikel Berkaitan: Park Seo Joon Buat Peminat Malaysia Angau, Tak Boleh ‘Move On’
Baju kurung dan baju kebaya
Menerusi perkongsian di TikTok, Lee Sun Kyung dilihat tertarik dengan Baju Kurung dan Baju Kebaya sehingga membuatkan dirinya teruja untuk mencuba suatu hari nanti. Hal itu turut mencetus rasa bangga dalam kalangan peminat di Malaysia.
Dalam video itu, Lee Sun Kyung yang merupakan duta bagi sebuah produk kecantikan ditanya beberapa soalan mengenai Malaysia.
Saya rasa mereka (orang melayu) kerap kali memakai pakaian tradisional. Pada saya, Baju Kurung dan Baju Kebaya agak menarik.
Saya ingin mencubanya bila saya berada di Malaysia.
@bioessence_my Lee Sung Kyoung is deeply fascinated by Malaysia culture especially on Baju Melayu! ? She would love to try it! Are there any fans out there who are as excited as we are? ? #BioEssenceMY #BioGold #24KGold #LeeSungKyoung #GlowYourSkinLikeGold
? original sound – Bio-essence Malaysia – Bio-essence Malaysia
Bangga jadi rakyat Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja untuk melihat aktres kelahiran Korea Selatan itu menggayakan baju tradisonal apabila hadir ke Malaysia. Selain itu, terdapat juga komen dari segelintir netizen yang meluakan rasa bangga dengan keunikan dan kepelbagaian budaya yang ada di tanah air tercinta.
Sumber: TikTok @bioessence_my