Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi ‘tulang belakang’ pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Berdamai, Tetap Nak Bercerai’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Fail Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Dengan bersyarat
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG), Patimah menyatakan dia sedia melihat anak lelakinya itu berdamai dengan Puteri Sarah. Namun, Patimah menegaskan ada syarat yang perlu dituruti sekiranya aktor berumur 39 tahun itu mahu berbaik.
Meskipun begitu, Patimah juga menyokong sekiranya Puteri Sarah tetap dengan keputusan ingin bercerai dan meneruskan kehidupan bersama dua cahaya mata.
Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat, tetapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.
Tetap doakan kebahagiaan
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Stories, Patimah memahami dengan penderitaan yang ditanggung oleh pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selama lima tahun.
Kata Patimah lagi, pelakon drama Melastik Ke Hatimu tetap akan menjadi menantunya dunia akhirat.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah terus berpanjangan apabila pengarah itu enggan melafazkan cerai pada 7 Mac lalu atas alasan yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang.
Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Syamsul dan Puteri Sarah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) namun pasangan ini gagal menjumpai jalan penyelesaian di pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada 24 Mac lalu.
Pada 21 Mac, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Kemudian, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah pada 22 Mac.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak tahun 2020, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Instagram