berita

Hanez Suraya Mohon Maaf Terhadap Amy Search

October 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Melihat pelakon yang sedang meningkat popular ini, pasti ada mulut-mulut yang akan memberikan pelbagai ekspresi tentang raut wajah beliau. Manakan tidak, wajahnya memang tampak seakan sombong tetapi sekiranya dikenali dengan lebih dekat, ia berlainan sama sekali. Setakat ini, selebriti yang juga kekasih kepada Awi Rafael ini amat mudah bekerjasama jika diajak untuk ditemuduga mahupun bergambar.

Hangat, panas, dan menyengat apabila penyanyi lagenda Malaysia Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search, 54 tahun, tanpa ribut taufan secara sinis memerli pelakon ini, Hanez Suraya melalui laman Twitternya, baru-baru ini.

@AkuAmySearch
“Mlm tdi bergaul dgn pelakon2 n we respect each other. Anis suraya tu alahai senyum pn tak”.

Hanez Suraya bagaimanapun tak cepat melatah dan menegaskan bahawa itu adalah kesilapannya sendiri kerana terlampau segan untuk menegur Amy Search di malam Anugerah Blokbuster, Sabtu lepas.

“Malam itu (Anugerah Blockbuster), saya ramah dengan semua orang. Saya nampak Amy Search, namun sebagai artis yang baru nak meningkat naik, saya segan dan diam dengan penyanyi tersebut kerana beliau seorang lagenda. Tanpa tahu apa-apa, saya dipanggil diva.”

Artis jelita ini turut memohon maaf dan kesal terhadap insiden yang mungkin telah menyinggung perasaan Amy Search. Tambah beliau, “Tak apa, jika saya yang bersalah, saya dengan rendah dirinya meminta maaf andai kata membuat beliau tersinggung dengan cara saya.”

Hanez turut menyatakan sifat sombong bukanlah sifat beliau dimana karakter sebenarnya merupakan seorang yang ramah dengan semua individu.

SKIP THIS AD ×