berita

Dipuji Suara Sedap Cover Lagu AJL, Rupanya Hannah Delisha Pemilik 3 Lagu Ini.. 9 Juta Views!

March 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Nama pelakon cantik manis iaitu Hannah Delisha sekali lagi trending di laman Twitter dan mendapat perhatian ramai. Semenjak video nyanyian cover AJL35 dimuat naik di laman YouTube, rata-rata peminat menyukai suara pengantin baru itu.

Artikel berkaitan: ‘Sedapnya Pengantin Baru Nyanyi’ – Suara Merdu Hannah Delisha Cover AJL35 Dipuji

Hannah Delisha sebelum ini cukup dikenali sebagai pelakon drama dan filem. Setiap lakonannya pasti mendapat sambutan termasuk drama Cinta Sekali Lagi, 30 Pesanan Suara, Bukan Kahwin Paksa dan banyak lagi.

‘Kenapa baru tahu dia boleh nyanyi?’

Rupanya Hannah Delisha sebelum ini memulakan karier seninya bersama kumpulan duo iaitu Delisha bersama Mia Delisha. Pada tahun 2015, dia memulakan karier seni solo sebagai penyanyi dan mempunyai single solo pertama berjudul ‘Anugerah’ ciptaan Akir dan Frozen Hyper Act. Dia juga mempunyai dua lagi single selepas ‘Anugerah’ iaitu ‘Esok Masih Ada’ dan ‘Tak Perlu Kata Apa-Apa’.

Selain berkemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, dia juga menguasai bahasa asing termasuk Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina. Ibu Hannah juga merupakan seorang penyanyi zaman 80-an iaitu Noor Ashikin Ahmad.

‘Baru tahu Hannah boleh nyanyi’

Pada masa yang sama, Hannah Delisha turut aktif dalam bidang lakonan industri seni di Singapura sehingga berjaya memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura esidi ke-14.

Pada tahun 2017, pelakon kelahiran Singapura ini memulakan karier seni di Malaysia dengan drama Mencintaimu Mr Photografer gandingan lakonan bersama Syafiq Kyle. Namanya mula menjadi perhatian peminat di Malaysia semenjak dia merangkul beberapa anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Anugerah, single pertama

Single kedua jadi OST drama

Single ketiga Hannah

Sumber: YouTube Alibi Music, Twitter

SKIP THIS AD ×