berita

‘Hanya Ada RM30 Diberikan Suami’ – Ibu Akui Silap, Terpaksa Curi Ubat & Makanan Untuk Anak Sakit

January 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, kisah seorang ibu yang didakwa terpaksa mencuri beberapa barang keperluan di pasaraya telah menjadi perhatian ramai. Difahamkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana terdesak untuk mengubati anaknya yang sedang sakit.

Artikel berkaitan: Ketua Polis Petaling Jaya Bantu Wanita Yang Ditahan Curi Ubat & Makanan Untuk Anak

Ketua Polis Petaling Jaya iaitu ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal membantu keluarga tidak berkemampuan itu sejurus mengetahui masalah mereka. Wanita berusia 36 tahun itu menerusi laporan Harian Metro mengakui situasi dihadapinya ketika itu sangat terdesak dan memikirkan anak kelaparan. Sedihnya…

Hanya ada RM30 saja

Si ibu mengakui kekesalan dengan tindakan tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi lagi tindakan tersebut. Katanya, ketika itu dia hanya memikirkan anaknya yang kelaparan dan demam. Lagipun, dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli ubat-ubatan untuk anaknya kerana hanya ada RM30 sahaja.

Kalau boleh undur masa pasti saya tidak akan lakukan kerana tidak mahu kejadian ini berlaku namun ketika itu saya tidak berfikiran secara waras kerana memikirkan anak kelaparan dan demam.

Namun, ketika itu saya hanya berbekal wang RM30 yang diberi oleh suami dan hanya dapat membeli ayam, roti dan air namun tidak cukup membeli pelekat penyejuk demam berserta sosej.

Ketika itu hati saya berbelah bahagi sama ada hendak membeli pelekat penyejuk demam itu atau membeli ayam sedangkan anak saya juga kelaparan dan akhirnya saya bertindak mencuri pelekat penyejuk demam namun disedari pekerja itu.

Hilang punca pendapatan

Sumber: Harian Metro

Tambah si ibu ini lagi, dia tidak menyangkakan pihak polis mempunyai belas kasihan dengan membantu menghulurkan bantuan makanan kepada keluarganya. Dia bersyukur apabila pegawai penyiasat bertindak untuk melepaskannya dan terlepas dari hukuman.

Hanya Allah yang tahu ketika itu bagaimana perasaan ini namun tidak sangka pihak polis masih ada belas kasihan dan tidak meneruskan kes ini sebaliknya membebaskan saya.

Kelu lidah ketika itu sebaik dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu saya akan dilepaskan malah tidak terbalas jasa mereka kepada saya. Sebelum ini saya mengambil upah menjaga anak jiran dan menjual aiskrim di rumah sementara suami bekerja membantu rakan membaiki lif dan rumah namun pendapatan tidak tetap.

Malah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tidak dapat mengambil upah mengasuh menyebabkan hilang punca pendapatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×