Bercuti bersama sahabat baik ke luar negara adalah impian setiap dari kita. Tidak kiralah sama ada melancong ke dalam negara atau luar negara, asalkan dapat meluangkan masa berkualiti bersama sabahat baik.
Seperti perkongsian dari Faraa Fadzli yang telah mengembara hingga ke Jepun bersama lagi 4 sahabat baiknya. Mereka mengambil kesempatan masa yang ada untuk jelajah ke 4 buah negeri termasuk Osaka, Nara, Kyoto dan Kobe. Paling penting bajet perbelanjaan hanya RM2.8k seorang sahaja!
Jelajah ke Kansoi, Jepun
Gadis ini kongsi percutian bersama sahabat baiknya itu telah menelan perbelanjaan kira-kira RM2.8k bagi dirinya. Bajet destinasi itu telah termasuk dengan tiket penerbangan, buah tangan, makanan dan 2 unit tumbler Starbucks.
Percutian 5 sahabat baik
Dari Lapangan Kansai ke Osaka Namba
Hari kedua ke Universal Studios
Bandar Osaka dan Museum of Housing & Living
Berjalan di Nara
Hari ke-5 bersiar-siar di Kyoto
Hari ke-6 di Mount Rokko
Perbelanjaan dikongsi bersama
Perbelanjaan sekitar RM2.5k
Tambah perkongsian dari gadis ini lagi, dari bajet asal RM2.5k tidak termasuk RM500 untuk membeli buah tangan di Jepun dan dibawa pulang buat keluarga. Anggaran kasar bajet percutian ini adalah sekiat RM2.8k hingga RM3K yang telah digunakannya.
Sumber: Faraa Fadzli