berita

‘Hanya Dia Saja Yang Tahu Berenang’ – Bapa Mangsa Lemas Kongsi Detik Sayu

January 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Tragedi empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) hilang dihanyutkan ombak akhirnya ditemui oleh penduduk setempat dan pasukan penyelamat. Kesemua mangsa merupakan pelajar semester akhir di institusi berkenaan dipercayai tergelincir di kawasan berbatu sebelum ditarik ombak kuat di pantai itu.

Bapa kepada arwah Mohamad Amir Izzudin meluahkan rasa syukur dan terharu kerana usaha anaknya itu menyelamatkan tiga lagi rakan yang lain diingati sebelum mangsa dipercayai lemas.

Dia selamatkan rakan lain

Zulkiflee Zakaria dimaklumkan anak lelakinya itu berusaha menyelamatkan ketiga rakannya yang lain sebelum dirinya juga ditarik ombak.

Ramai kawan-kawan yang bercerita Amir berusaha juga untuk selamatkan rakan-rakan yang lain dan tidak melepaskan pautan tangan sebelum dia sendiri tenggelam dibadai arus kuat.

Mungkin kebetulan, hanya dia sahaja yang tahu berenang berbanding rakan-rakan yang lain. Walaupun mahir, keadaan laut yang bergelora agak mustahil untuk selamat.

Jasad anak ditemui

Mangsa Amir Izzudin merupakan mangsa yang terakhir ditemui sekitar jam 3 petang tadi pada jarak paling hampir dengan lokasi kejadian iaitu di kawasan muka kuala Dungun.

Jenazah akan dibawa pulang ke Jengka 4, Pahang untuk dikebumikan di kampung sebelah keluarga saya. Macam-macam rasa ada, tak tergambar perasaan datang dari jauh dan menunggu selama tiga hari di sini. Alhamdulillah, akhirnya jasad anak saya dijumpai walaupun yang terakhir.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×