berita

‘Hanya Mahu Disiplinkan Anak’ – Ibu Bapa Singapura Jelas Tindakan Simbah Air Panas & Kurung Anak

November 16th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sepasang suami isteri di Singapuran didakwa atas pertuduhan bertindak kejam dengan mengurung anak mereka di dalam sebuah sangkar kucing gara-gara anak tidak mahu mandi. Bukan hanya itu sahaja, mangsa yang berusia 5 tahun itu juga disimbah dengan air panas menggelegak sekurang-kurangnya 92 darjah Celcius.

Tiada niat mencurahkan air panas

Suspek yang merupakan ayah kepada kanak-kanak itu memberi keterangan kepada polis terhadap kematian anaknya dan menceritakan insiden tersebut.

Anak saya merengek kesakitan dengan berkata ‘sakit, sakit’ ketika dalam perjalanan ke hospital.

Malah, pasangan suami isteri ini iaituAzlin Arujunah dan Ridzuan Mega ketika memberi keterangan di mahkamah menyatakan mereka tiada niat untuk membunuh anak sendiri.

Bagaimana saya mampu membunuh budak? Tengoklah badan saya yang kecil ini. Saya tiada niat mencurahkan air panas ke atasnya jika dia berkelakuan baik kepada saya.

Tidak sampai hati bunuh anak sendiri

Setelah mereka menyedari mangsa rebah selepas deraan terakhir, mereka segara membawanya ke hospital berdekatan. Malangnya, mangsa meninggal dunia selepas 6 jam di bawa ke hospital. Jelas Azlin sebagai ibu, tujuannya bertindak memukul adalah untuk mendisiplinkan anak sendiri.

Jika saya berniat membunuhnya, saya juga akan membunuh anak saya yang lain, namun mereka selamat dan saya tidak pukul mereka. Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri.

Azlin dan Ridzuan menghadapi beberapa tuduhan mendera, termasuk mengurung mangsa dalam sangkar kucing, mengepitnya dengan ragum dan memukul mangsa dengan penyapu.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×