Penyanyi Haqiem Rusli mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi hal peribadi dalam media sosial yang boleh mengheret dirinya dalam kontroversi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haqiem Rusli Dipuji Beri Makanan Pada Kucing Jalanan, Cadangkan Netizen Simpan Stok Dalam Kereta
Artikel Berkaitan: 17 Tahun Dalam Industri Seni, Haqiem Rusli Janji Hasilkan Muzik Yang Lebih Bagus & Ikut Aliran Semasa
‘Berhenti overshare’
Enggan pisang berbuah dua kali, Haqiem atau nama lengkapnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, berkata, keputusan itu dibuat susulan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Tak dinafikan kehidupan saya ketika ini lebih ‘low profile’ kerana saya mengambil pendirian untuk tidak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi di media sosial seperti yang sering saya buat sebelum ini.
Saya belajar daripada kesilapan lalu iaitu tak perlu nak kongsi perkara yang tak sepatutnya.
Saya tak mahu bila terlalu kerap berkongsi, ia akan dimanipulasikan hingga berlaku perkara yang tidak diingini.
Haqiem berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, pelantun lagu Tergantung Sepi ini berkata, dia akui lebih selesa menjalani kehidupan yang serba serbi sederhana.
Rasa lebih tenang bila hidup tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi. Salah kongsi nanti, jadilah perkara yang bukan-bukan. Nanti yang nak kena jawab saya juga.
Sebelum ini, nama Haqiem antara selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi dari zaman masih bujang hinggalah sudah berumah tangga.
Bukan sahaja Haqiem, bahkan isteri tercinta, Anis Sofea turut terheret sama dikecam netizen dengan pelbagai isu membabitkan suaminya itu.
Sekadar info, untuk ABPBH 36, Haqiem dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan lebih istimewa, namanya muncul antara 36 calon raih undian tertinggi keseluruhan setakat ini.