Insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina pada petang Khamis telah mengorbankan 10 mangsa iaitu penumpang, krew pesawat dan dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.
Video mayat rentung terbakar berhampiran tempat pesawat itu terhempas turut tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengar Penunggang Motosikal Beberapa Kali Menjerit Allahuakbar’
Hati keluarga terluka
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi teguran kepada warganet.
Menurut Dr Zulkifli, tindakan menyebar video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut adalah haram.
Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya.
Dalam pada itu, Dr Zulkifli mendoakan agar mangsa-mangsa terlibat dikurniakan syahid akhirat kerana kematian tersebut berpunca dari kemalangan.
Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina. Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan).
Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalam konteks semasa difahami sebagai kemalangan.
Semalam, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sudah menemui perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat yang terhempas di Bandar Elmina.
10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman.
Sumber: Twitter