berita

‘Harap Dapat Bertemu Dengan Dia Disana’

July 24th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dipercayai terjatuh ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.

Artikel berkaitan: ‘Disini Awak Dilahirkan, Disini Juga Awak Tinggalkan Ummi…’

Menurut myMetro, ayah kepada mangsa terpaksa akur dengan takdir ini dan redha akan pemergian anak sulungnya itu. Malah, dia juga berharap agar dapat bertemu dengan anaknya itu di syurga.

Harap dapat bertemu dengan dia

Saya harap akan bertemu dengan Naufal Amsyar di akhirat nanti, dan itu adalah harapan utama saya. Buat masa ini tak ada lagi mimpi, tetapi kalau teringat itu memang ada sebab banyak memori dengannya. Insya-Allah kita tahu, mimpi bertemu arwah itu mungkin peluang untuk melihat dia.

Kalau kat akhirat tu memang itulah harapan utama saya sebenarnya sebab rasa rindu kepadanya. Sebab selama ini pun dia selalu bersama saya dan mudah-mudahan saya akan dapat bertemu dengannya lagi.

Dia juga tidak putus asa memberi semangat moral kepada isterinya yang masih lemah. Ahli keluarga juga tidak putus memberi kata-kata semangat buat mereka berdua.

Dia mula-mula agak down sikit seperti yang pihak media lihat di tanah perkuburan semalam. Alhamdulillah, sokongan moral yang padu daripada keluarga lain nampak dah ok, tapi perlu pantau juga kerana masih bersedih.

Kena juga pastikan dia tidak keseorangan… perlu ajak banyak berbual. Saya pun sebenarnya bila berlaku kejadian ini. Saya berdoa supaya dia lebih reda kerana bila reda, dia akan lebih tenang untuk berhadapan dengan apa yang berlaku ini.

Saya terima qada dan qadar

Isteri sangat sedih, namun dia pun reda. Saya sebagai suami dan ahli keluarga yang lain banyak memberi sokongan kepadanya. Sebagai bapa, rasa ralat itu tetap ada. Saya dan isteri yang uruskannya selama 10 bulan ini sejak dilahirkan hinggalah hari terakhir.

Walaupun masih ralat dengan kejadian menimpa Naufal Amsyar, tetapi saya reda dan terima qada dan qadarnya. Kalau itu jalan yang ditetapkan Allah.

Sumber: myMetro

SKIP THIS AD ×