berita

‘Saya Sudah Anggap Siti Nurhaliza Seperti Sebahagian Keluarga’ – Tyra Kamaruzzaman

December 5th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Usahawan dan pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendedahkan hubungannya dengan penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih berada dalam keadaan baik walaupun sudah tidak lagi terikat di bawah CTDK Holdings.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Sweet & Selalu Di Sekeliling Saya’ – Tyra Kamaruzzaman Dedah Punca Jatuh Cinta Pada Kekasih

Masih hormat

Menurut Tyra, dia masih menghormati dan menganggap Siti seperti sebahagian daripada keluarganya.

Tambahnya lagi, dia membuat keputusan untuk keluar daripada syarikat milik Siti selepas lima tahun kerana ingin melebarkan sayapnya sendiri dalam dunia perniagaan.

Tyra mengagumi Siti sejak kali pertama mengenalinya. Saya masih hormat dan sayang kepadanya.

Saya sudah anggap Siti seperti sebahagian keluarga. Cuma keputusan keluar selepas lima tahun bersama dibuat kerana saya ingin lebarkan sayap dalam perniagaan dengan bersandarkan pengalaman yang ada.

Sementara itu, Tyra turut mendedahkan dia ada menolak beberapa tawaran lakonan kerana merasakan ramai lagi gadis di luar sana yang lebih layak dan berlakon.

Disebabkan dilahirkan dari keluarga yang menjalankan perniagaan, Tyra lebih meminati bidang perniagaan berbanding lakonan.

Saya tolak tawaran kerana lakonan bukanlah minat dan tak berbakat.

Ramai lagi gadis yang layak dan berbakat. Namun tak jadi satu kesalahan jika pempengaruh media sosial menceburi dunia lakonan.

Mungkin sebab lahir dalam keluarga berniaga, jadi minat berniaga lahir secara semula jadi.

SKIP THIS AD ×