berita

‘Harap Kau Tak Aniaya Kami’ – Dedah Perbualan Whatsapp, Dua Individu Ini Dakwa Shahir Tak Bayar Hutang

November 6th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Bulan lepas, umum menyaksikan pelbagai kontroversi menghimpit penyanyi, Shahir Zawawi apabila mulai dikaitkan mempunyai ‘hubungan’ istimewa dengan pramugari, Mona Syamimi. Kes telah pun diselesaikan apabila penyanyi ‘Kebahagiaan dalam Perpisahan’ itu membidas kenyataan bahawa mereka tidak lebih daripada seorang artis-peminat sambil menyampaikan hasratnya untuk ‘menyunting’ Erra awal tahun depan.

Baru sahaja reda isu tersebut, Shahir sekali lagi menarik perhatian media apabila beberapa individu mendakwa beliau tidak melunaskan hutang. Betul ke?

Bertolak ansur lebih 2 tahun

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Raudhatul Ain Rosni, beliau mendakwa telah banyak bersabar selama 2 tahun untuk penyanyi tersebut melangsaikan sejumlah wang tertunggak. Kongsi Raudhatul, setelah menunggu buat tempoh yang agak lama, Shahir masih belum kembali membuat pembayaran walaupun berjanji untuk melangsaikannya selepas tamat konsert akhir AF Megastar.

Berang dengan situasi tersebut, beliau melepaskan geramnya di Facebook diiringi bukti perbualan bersama penyanyi terbabit. 

Pendedahan itu nampaknya telah membawa seorang lagi individu dikenali sebagai Aziz Azizan yang mendakwa Shahir turut gagal untuk menjelaskan hutang sewa kereta mewah berjumlah RM24,000 walaupun telah berjanji untuk berbuat demikian.

Didakwa ditipu RM24,000

Tidak lagi mahu berdiam diri, Azim mengikut jejak langkah Raudathul dengan memuat naik salinan perbualan WhatsApp bersama Shahir bagi membuktikan dakwaannya. Jom ikuti perbualan diorang, then korang judge sendiri betul ke tidak isu ini.


Diseru, tetapi tidak dijawab sekali lagi

Sumber: Raudhatul Ain Rosni, Azim Azizan

SKIP THIS AD ×