berita

‘Harap Tiada Dakwa-Mendakwa Di Akhirat Kelak’ – Ibu Aiman Tino

February 13th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Hazelina Mat Jalil iaitu ibu kepada penyanyi Aiman Tino tampil memohon maaf kepada netizen berhubung isu melibatkan anak lelakinya baru-baru ini. Sebelum ini, dipercayai ibu dan Aiman Tino dikecam netizen berhubung isu didakwa penyanyi itu ‘hilang’ sebab dikawal oleh ‘betina’.

Artikel berkaitan: ‘Macam Tu Lah Kalau Dah Dikongkong Betina’ – Rindu Anak, Ibu Dakwan Aiman Tino ‘Dikawal’ Kekasih?

Artikel berkaitan: ‘Love You Forever My Son’ – Ibu Aiman Tino

Terbaru, ibu kepada Aiman Tino itu turut memaafkan semua pihak yang melemparkan kecaman kepada dirinya dan keluarga. Malah, dia berharap agar perkara yang telah berlaku itu tiada sebarang ‘dakwa-mendakwa’ di akhirat kelak.

Saya ingin memohon maaf

Riena menerusi posting di entri IG Story memohon maaf kepada semua pihak dan sedia memaafkan mereka yang telah melontarkan kata-kata kecaman kepada dirinya. Dia juga berharap tiada unsur ‘dakwa-mendakwa’ di akhirat kelak berhubung isu yang berlaku sebelum ini di mana segalanya dipercayai bermula apabila Aiman Tino ‘hilang’ kerana dikongkong oleh kekasih.

Tambahnya lagi, dia turut berterima kasih kepada semua pihak dan netizen yang tampil memberi nasihat dan pandangan dengan isu yang berlaku sebelum ini.

‘I love you’

Menerusi sebuah foto yang dimuatnaik ibunya di laman Instagram, Aiman turut kelihatan memberi respon kepada gambar dia bersama ibu dan ayahnya itu. Rata-rata netizen mendoakan agar masalah Aiman dan keluarga dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Yusririena

SKIP THIS AD ×