berita

‘Harga Itu Adalah Harga Kebiasaan’ – Ustaz Jawab Isu Dituduh Penunggang Agama

September 17th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Semalam viral di media sosial sebuah keratan risalah harga caj dikenakan bagi solat hajat. Post tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen, ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan harga ‘derma’ untuk setiap perkhidmatan jenis solat hajat.

Artikel berkaitan: ‘Ini Bukan Setakat Menunggang…’ – ‘Derma’ Solat Hajat Dipersoal Netizen

Walaubagaimanapun, ustaz ini tampil dan kesal dengan tuduhan netizen yang menganggap dirinya penunggang agama. Ini penjelasan secara peribadi dari ustaz berkenaan terhadap isu ‘derma’ perkhidmatan solat hajat.

Cuma nak bantu orang

Ustaz yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini menjelaskan situasi sebenar dimana dia meletakkan kadar bayaran tertentu mengikut hajat yang dianggap sebagai derma. Malah, dia juga terkejut selepas mengetahui risalah tersebut telah tular di media sosial semalam.

Saya bukan nak mempergunakan agama, saya cuma nak bantu orang yang memerlukan bantuan tambahan pula musim peperiksaan.

Kalau diikutkan saya mula melakukan perkhidmatan ini sejak 2010. Masa itu, orang yang meminta bantuan saya sering menekan dengan soalan bayaran walaupun saya sudah beritahu seikhlas hati.

Jadi, harga itu adalah harga kebiasaan. Tetapi kalau orang tak mampu dia boleh bagi ikut suka dia berapa nak bayar sebab itu kita letak perkataan derma pada iklan.

Derma ikut kemampuan orang

Gambar sekadar hiasan

Dia kesal kerana niat baiknya untuk membantu orang telah dianggap sebagai penunggang agama atau ambil kesempatan menggunakan agama. Tambahnya lagi, solat hajat dilakukan sekitar jam 2 hingga 3 pagi dan dilakukan secara bersendirian di rumahnya.

Penunggang agama ini mungkin sebab orang nampak saya ambil bayaran, sebenarnya saya letak bayaran itu sebagai derma ikut kemampuan orang.

Saya jadikan pekerjaan ini sebagai sumber pendapatan sampingan dan saya dapat pun tak banyak. Kalau lepas iklan ini dapat permintaan banyak saya ada hasrat nak bantu golongan yang memerlukan.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×