berita

‘Hari Ini Adalah Kejayaan Untuk Semua Anak Muda’ – Syed Saddiq

July 3rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam baru saja berlangsungnya majlis sumpah jawatan menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. Apa yang menarik perhatian netizen adalah YB Syed Saddiq telah diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan pada usia yang sangat muda!

Artikel berkaitan: Dilantik Sebagai Menteri Belia & Sukan Pada Usia 26 Tahun, Syed Saddiq Padam Rekod Najib

Dia juga rasa terharu akan jawatan dan tanggungjawab yang digalas ketika ini. Tambahnya pula, dia menyifatkan kerajaan baru ini membuka ruang untuk belia sama-sama membuat perubahan demi negara tercinta.

Sukar diungkap perasaan ini

Sukar ingin diungkap perasaan saya detik ini. Amanah yang digalas sangat besar. Rasa kerdil berbanding anggota-anggota kabinet lain yang lebih senior, namun pada masa yang bangga kerana berjaya memecah siling kaca perwakilan anak muda dalam barisan kepimpinan Negara.

Harapan saya mudah, semoga sejarah yang tercipta ini membuka pintu kepada anak-anak muda lain untuk turut serta dalam memacu hala tuju tanah air. Ikrar saya ialah untuk terus berada di sisi dan bekerja tanpa lelah untuk semua anak muda termasuklah golongan marjinal yang selalu tersisih.

Terbukti kita masih ada ruang

Mandat yang diberi hanya terlaksana dengan sempurna jika kedudukan anak muda diperkasa. Semua akan ada tempatnya — tanpa mengira agama, kaum, gender, keupayaan atau pegangan politik.

Hari ini ialah kejayaan semua anak muda di luar sana, terbukti kita ada ruang di Malaysia Baharu ini. Selepas ini, #YouthPower bukan lagi retorik, ia realiti.

I look forward to working for the Youth & sports of our beloved country, Malaysia.

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×