Kelmarin, dunia hiburan dikejutkan dengan berita duka selepas kehilangan seorang lagi permata seni iaitu Allahyarhamah Rohana Jalil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azizul Khamis Sempat Solat Jemaah Dengan Rohana Jalil, Dedah Amalan Suka Baca Al-Quran Setiap Malam
Artikel Berkaitan: ‘Rohana Jalil Seorang Biduanita Yang Betul-Betul Menyanyi, Bukan Palsu’ – Herman Tino
Pemergian penyanyi berusia 68 tahun itu sudah pasti meninggalkan kesan yang mendalam terutama kepada ahli keluarga dan anak-anak tercinta.
Bidadari syurga
Menerusi kemas kini di Instagram milik anak kepada arwah yang juga penyanyi Kilafairy, dia dilihat memuat naik sekeping foto arwah beserta ucapan istimewa.
Menurut Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, dia menyifatkan ibunya sebagai bidadari dan nyawa bagi dirinya. Malah, dia seakan sudah kehilangan tempat berlindung.
Bagaimanapun, kata penyanyi itu dia perlu meneruskan kehidupan meski tanpa ibunya di sisi.
Sekejap je Allah pinjamkan mama untuk adik (panggilan Kila) dekat dunia ini.
Hari yang paling saya takutkan sudah pun tiba. Tetapi saya tiada pilihan, tetap perlu teruskan hidup di dunia yang mencabar ini tanpa awak di sisi.
Mama, awak pelindung saya, awak bidadari saya, nyawa saya dan awak lah segala-galanya.
Dalam masa sama, Kila meluahkan rasa syukur apabila ibunya pergi menghadap Sang Pencipta pada bulan yang mulia iaitu Zulhijjah.
Allah ambil mama dihari kedua Zulhijjah, Subhanallah. Allah sayang 70 kali ganda lebih daripada seorang anak sayang ibu dia.
Nanti jumpa adik jumpa mama dekat sana (akhirat) okay. Rehatlah bidadari syurgaku. I love you.
Terdahulu, Allahyarham Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11.33 malam Selasa.
Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku itu telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.
Untuk info, arwah mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon dan penyanyi, Kilafairy.
Sumber: Instagram