berita

Harimau Malaya Dituduh Dapat ‘Layanan Istimewa’, Netizen Indonesia Serang Instagram Safawi

December 16th, 2021 | by Hariz
Isu & Kontroversi

Berang pemain pasukan mereka diarahkan untuk kuarantin selama lima hari oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura, akaun Instagram milik Safawi Rasid ‘diserang’ penyokong bola sepak Indonesia yang menuduh skuad Harimau Malaya mendapat ‘layanan istimewa’.

Artikel Berkaitan: TMJ Sahkan Safawi ‘Pulang’ Ke JDT Tahun Hadapan, Dedah Senarai Pemain Terbaru Musim Depan

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Sebab Kerja, Tak Ada Masalah Bro. Respect Sikit’ – Safawi Rasid

Pemain Indonesia kontak kasual varian Omicron

Akaun Instagram milik Safawi Rasid ‘diserang’ penyokong bola sepak Indonesia yang berang apabila pemain mereka, Elkan Baggott diarahkan kuarantin selama lima hari oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura selepas dipercayai menaiki pesawat yang sama dengan penumpang yang mendapat keputusan positif Covid-19 varian Omicron.

Tindakan pihak berkuasa Singapura itu menimbulkan kemarahan penyokong Indonesia yang menuduh skuad Harimau Malaya mendapat ‘layanan istimewa’, di mana Safawi Rasid yang duduk sebilik dengan Akhyar Rashid dibenarkan beraksi.

Media Indonesia turut menyatakan keputusan ujian calitan Elkan Baggott dikatakan negatif selepas tiga kali dilakukan yang menaikkan lagi api kemarahan penyokong mereka.

Menerusi komen yang dilihat, ramai penyokong Indonesia mahu Safawi turut diasingkan selepas Akhyar didapati positif Covid-19, Khamis lalu.

Terdahulu, Faisal Halim, Khairulazhan Khalid, dan Quentin Cheng turut disahkan positif menyebabkan skuad Harimau Malaya semakin ‘mengecil’ kepada 19 pemain.

Pemain Harimau Malaya kini dalam persiapan menentang Indonesia menjelang perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura pada Ahad ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×