Pelakon yang sedang meningkat naik, Hariz Hamdan meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu dengan pelakon terkenal Thailand, Pon Nawasch ketika majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 yang diadakan Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Nak Keluar Dari Zon Selesa, Bukan Setakat Watak Anak ‘Megah Holding’
Teruja dapat nasihat Pon
Menurut Hariz, 21, dia amat mengagumi pencapaian kerja lakonan Pon yang begitu popular dengan drama Devil In Law dan Praomook itu.
Walaupun dia amat popular di Thailand, tetapi dia amat merendah diri dan tidak lokek memberikan saya nasihat tentang kerjaya dunia lakonan.
Selain itu, kami juga saling bertukar-tukar pendapat memandangkan sama-sama menitik berat tentang penjagaan kesihatan.
Difahamkan, Pon juga yang sempat menitipkan nasihat buat Hariz yang disifatkannya sebagai seorang pelakon muda yang mempunyai masa depan cukup cerah dalam industri seni tempatan.
Saya mengenalinya kerana kami sama-sama menjadi duta jenama ASICS di negara masing-masing. Sebenarnya, saya agak terkejut apabila mendapat tahu usianya baru 21 tahun, cukup muda.
Tetapi melihat pencapaiannya dan cara dia membawa diri saya yakin dia akan pergi jauh dalam industri seni. Cuma nasihat saya, jangan berhenti untuk bekerja keras meskipun sudah berada di tahap yang selesa.
Setiap hari ada sahaja pelajaran baru yang perlu dipelajari dan sentiasalah perbaiki diri menjadi lebih baik. Disiplin diri paling utama kerana bukan sahaja memudahkan urusan kerja sendiri tetapi juga orang sekeliling.
Pon terkejut?
Dalam pada itu, Pon mengakui dirinya sedikit terkejut apabila dimaklumkan mengenai popularitinya yang cukup dikenali di Malaysia.
Saya popular di Malaysia? Sejujurnya saya tidak tahu tentang perkara itu. Apapun terima kasih buat peminat yang memberi sokongan dengan menonton drama saya termasuk di Malaysia.
Sekadar info, Hariz diterbangkan Bangkok, Thailand baru-baru ini sempenan majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 yang turut menghimpunkan semua duta jenama tersebut dari seluruh Asia Tenggara yang turut dihadiri pelakon terkenal Thailand, Toey Pongsakorn, Neng Sarun dan Tay Tawan serta Ratu Universe Filipina 2019, Gazini Ganados.
Sejujurnya, saya berasa cukup terharu dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Berada dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai pelakon terkenal Asia Tenggara membuatkan diri saya terasa kerdil.
Tetapi mereka semua amat merendah diri meskipun terkenal bukan sahaja di negara masing-masing tetapi juga seluruh Asia Tenggara.
Terdahulu, pada 1 Julai yang lalu telah diadakan acara Klinik Larian GEL – KAYANO 30 bagi menguji ketahanan dan kestabilan koleksi kasut baru yang dikeluarkan.
Menurut Eksekutif Pemasaran Sukan dan Perdagangan ASICS Malaysia, Azlani Adani, kasut terbaharu siri GEL – KAYANO 30 dikeluarkan sempena ulang tahun ke-30 tahun siri kasut berkenaan yang mula dikeluarkan pada 1993.
Rekaan terbaharu kasut ini menggunakan teknologi 4D sistem yang sangat sesuai buat orang yang memiliki tapak kaki rata kerana memberi kestabilan untuk berlari dan bersenam di gim.