Penyanyi dan pelakon Harris Alif tidak akan berubah hati biarpun suatu hari nanti isterinya, aktres Intan Ladyana mengalami perubahan pada bentuk fizikalnya.
Artikel Berkaitan: Harris Alif Matang Semula Jadi, Bukan ‘Buat Buat’ – ‘Sudah Lalui Pelbagai Fasa Dalam Hidup’
Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Akui Hamil Anak Kedua Lebih Penat – ‘Saya Alami Alahan Teruk’
‘Tetap cinta’
Harris atau nama lengkapnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, berkata, dia tetap akan mencintai Intan.
Kalau nanti Intan tak pandai maintain saya masih sayang atau tidak?
Ini (rumah tangga) bukan soal maintain atau tidak. Sudah pasti saya akan sayang isteri saya, saya akan cinta dia.
Harris berkata demikian ketika diajukan soalan oleh seorang pengikut sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Sementara itu, rata-rata netizen memuji kematangan Harris dalam menjawab pertanyaan meskipun usianya masih muda bergelar suami dan bapa.
Sekadar info, Harris mendirikan rumah tangga dengan Intan pada Februari 2021 ketika usianya 21 tahun.
Perkahwinan pasangan itu pernah menjadi bualan ramai disebabkan jarak usia mereka yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 3 dan Harris Umayr yang kini berusia enam bulan.
Sumber: TikTok