berita

Hasil Foto & Sambungan 5G Terbaik – Bayar 1 Untuk 2 HUAWEI P40 Series, Hanya Dengan Maxis.

April 27th, 2020 | by Hanis Aliaa
Shout Out!

Kami yakin korang mesti dah tahu ciri-ciri hebat yang ada pada telefon pintar flagship terbaru daripada HUAWEI iaitu P40 Series. Mana taknya, HUAWEI P40 Series hadir dengan keupayaan fotografi terbaik dan kadar sambungan 5G yang confirm lebih power dan laju.

Haa, kami ada berita baik buat korang yang dah berniat nak dapatkan HUAWEI P40 Series ni. Maxis dengan kerjasama HUAWEI ada promosi menarik. Dengar cerita, korang boleh dapat 2 peranti dengan 1 harga. Uishh! Promosi apa tu?

2 peranti, 1 harga, tanpa bayaran pendahuluan

Ini bukan main-main, tapi betul-betul! Dengan pakej Maxis Zerolution, korang boleh dapat 2 telefon pintar dengan 1 harga yang berbaloi tanpa sebarang bayaran upfront pun. Bermula serendah RM159 sebulan*, korang boleh jimat sehingga RM2,542 pada recommend retail price (RRP) tau.

Memandangkan korang mungkin tengah bersedih sebab tak dapat balik kampung , memang sesuai sangatlah kalau nak beli HUAWEI P40 Series untuk reward diri sendiri. Takpun, boleh hadiahkan kepada ibu bapa sebagai pengganti diri korang yang tak dapat sambut Ramadan bersama mereka tahun ni.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Pelbagai hadiah percuma menanti korang

Selain itu, korang akan dapat hadiah percuma bernilai RM796 untuk setiap HUAWEI P40 Series yang dibeli. Freebies yang bakal korang terima ialah :

  • HUAWEI P40 Wireless Charging Case bernilai RM289 atau HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger bernilai RM289
  • 1 tahun waranti dan 1 bulan perlindungan skrin bernilai RM248
  • 3 bulan langganan HUAWEI Video bernilai RM113.40
  • 50GB storan HUAWEI Cloud  selama 12 bulan bernilai RM46.80
  • 3 bulan langganan Maxis Safe Device bernilai RM99

“Tapi, nak buat apa sampai 2 phone?”

Jangan risau! Kalau korang nak 1 telefon pun boleh. Hanya dapatkan HUAWEI P40 Series secara individu dari RM99 sebulan dengan Maxis Zerolution atau RM1,299 dengan kontrak biasa. Pilih je mana satu yang korang prefer. Pilihan di tangan korang!

Rugi tau kalau korang tak grab HUAWEI P40 Series sebab peranti ni mempunyai…

Hasil fotografi yang awesome!

Kalau nak tahu, HUAWEI P40 Series masih mengekalkan kedudukannya sebagai kamera telefon pintar terbaik dan sambungan terbaik. Dilengkapi dengan Ultra Vision Leica Camera, P40 Series menghasilkan gambar yang luar biasa tak kiralah subjeknya dekat atau jauh dari korang.

Dengan adanya AI, ia melengkapkan sistem kamera bagi memastikan gambar dihasilkan berkualiti tinggi pada bila-bila masa. Korang ambiklah gambar pada waktu siang atau malam, hasilnya tetap kebabom!

Sambungan 5G yang power & laju

Dikuasakan dengan Kirin 90 5G, HUAWEI P40 Series menyokong mod rangkaian non-standalone (NSA) dan standalone (SA). Ia menyokong jalur frekuensi 5G untuk memberikan perjalanan global tanpa gangguan.

HUAWEI P40 Series menyokong Wi-Fi 6 Plus. Dengan standard Wi-Fi 6, ia menyokong saluran jalur lebar 160MHz dan 1024-QAM untuk mencapai kadar transmisi puncak 2400Mbps. Korang akan dapat isyarat yang lebih baik dan akan nikmati sambungan 5G yang tiada tandingan. Nak live streaming dengan resolusi 4K pun takde masalah!

HUAWEI AppGallery, kini lagi syok!

Haa, sekarang korang dah boleh senyum lebar sebab HUAWEI AppGallery ada lebih banyak aplikasi yang korang kerap guna seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, TikTok, Lazada, AirAsia dan banyak lagilah.

HUAWEI AppGallery juga aplikasi yang paling selamat digunakan kerana ia dilengkapi dengan 4 lapisan perlindungan yang dah disahkan dan menepati piawaian industri tertinggi. So, korang tak perlu risau okay!

Lagi best, HUAWEI AppGallery turut memperkenalkan fungsi Quick Apps yang membolehkan korang mengakses aplikasi tanpa perlu memuat turun dan berfungsi dengan segera di telefon tanpa syarat. Jimat storage, masa dan data wei!

Buat pengguna HUAWEI P40 Series dan MatePad Pro, korang boleh tebus hadiah bernilai sehingga RM2,381 di HUAWEI Member Center. Siap dapat FREE 50GB storan HUAWEI Cloud selama 12 bulan wei. Bukan itu saja, HUAWEI Malaysia turut berikan 3 bulan akses premium ke HUAWEI Cloud untuk semua pengguna P40 Series dan MatePad Pro. Bestnya!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal HUAWEI AppGallery, boleh usha kat SINI.

Jom dapatkan HUAWEI P40 Series korang sekarang!

Korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan segera HUAWEI P40 Series dengan Maxis Zerolution di kedai Maxis berhampiran korang. Jadikan HUAWEI P40 Series sebagai peneman buat korang dan yang tersayang sepanjang PKP ni. Untuk info lebih tentang promosi 2X HUAWEI P40 Series dengan Maxis Zerolution, boleh klik di SINI.

Scan kod QR di bawah kalau nak tahu macam mana korang boleh rasai data tanpa had dengan HUAWEI P40 Series melalui Maxis Fibre dan rangkaian 5G.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×