Bersempena menyambut tahun baharu, penyanyi Syada Amzah berkongsi beberapa azam dan hasrat yang ingin direalisasikan pada tahun 2024.
Artikel Berkaitan: ‘Hasrat Saya Mahu Pergi Dulu Sebelum Ibu’ – Syada Amzah Tulis Nukilan Istimewa Buat Fauziah Sarman
Artikel Berkaitan: Syada Nafi Iri Hati Lihat Kejayaan Shila Amzah
Azam Syada Amzah
Menerusi perkongsian di Instagram, Syada berkata antara azam tersebut adalah dia mahu membawa ibunya, Fauziah Sarman keluar daripada kepayahan hidup yang dilalui mereka.
Selain itu, dia juga mahu memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dan memperbanyakkan amal ibadah.
Hasrat 2024, ingin perbaiki amal ibadah, nak bawa diri sendiri dan mak saya keluar dari kepayahan hidup.
Nak lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, lebihkan bersedekah, bantu orang yang lebih memerlukan insya-Allah.
Nak lancarkan sekurang-kurangnya dua lagu baharu. Kemudian nak bawa ibu bercuti, dekat pun tidak apa asalkan percutian itu bermakna buat kami.
Dalam perkongsian sama, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak tidak putus mendoakan dan memberi sokongan kepadanya.
Ada beberapa lain lagi saya mahu lakukan untuk tahun ini, tetapi buat masa sekarang ini dahulu.
Terima kasih semua atas doa yang baik, nasihat yang murni dan bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi Allah. Amin.
Sumber: Instagram