berita

‘Hasrat Saya Mahu Pergi Dulu Sebelum Ibu’ – Syada Amzah Tulis Nukilan Istimewa Buat Fauziah Sarman

January 1st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Syada Amzah

Penyanyi Syada Amzah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama ibunya, Fauziah Sarman sebelum menjelang tahun baharu.

Artikel Berkaitan: Syada Nafi Iri Hati Lihat Kejayaan Shila Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tarik Balik Kecaman, Puji Suara Syada Amzah ‘Cover’ Lagu Tagalog – ‘Sedap Sangat, Kembangkan Di Luar Negara’

Ibu insan istimewa

syada amzah

Menerusi hantaran di Instagram, Syada menulis sebuah nukilan istimewa buat ibu tercinta.

Dalam nukilannya, Syada menyifatkan Fauziah seorang ibu yang hebat dan memiliki hati yang baik.

Meluangkan masa di hari terakhir pada tahun 2023 dengan insan yang saya sayang. Saya amat bersyukur dikurniakan insan yang hebat, rendah diri dan baik hati di sekeliling saya.

Ibu, syukur alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk hidup. Allah beri peluang demi peluang pada saya untuk jaga ibu.

Satu-satunya impian dalam hidup saya adalah untuk buat orang yang saya sayang rasa gembira dan bahagia.

Ibu, anda adalah insan yang sentiasa berada di tangga pertama dalam hati saya.

Dalam perkongsian sama, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu berkata dia tidak dapat menggambarkan keadaan dirinya sekiranya ibunya pergi meninggalkan dunia terlebih dahulu.

Hasrat Adah (panggilan Syada), saya mahu pergi dahulu (meninggal) sebelum ibu, sebab saya tak tahu apa yang akan berlaku pada saya jika ibu tiada di dunia.

Saya tahu tak semua orang berkesempatan menjaga seorang ibu, ibu adalah lubuk pahala dunia akhirat dan seperti kita tahu, doa ibu tiada hijabnya.

Jadi doakan Adah tau ibu, semoga saya murah rezeki, supaya boleh sentiasa belanja makan dan pakai ibu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×