berita

Hati-Hati Bila Biarkan Anak Bermain Di ‘Ball Pit’, Jadikan Kisah Kematian Ini Pengajaran

November 11th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

AWAS

Anak kecil mana tak gembira bila dapat bermain di kawasan permainan yang disediakan di kebanyakan pasaraya besar, francais makanan segera, dan beberapa tempat lain. Lagi-lagi jika ada ball pit seperti gambar di atas.

Namun sejauh mana tahap kebersihan kawasan permainan ini? Timbunan bola-bola kecil yang banyak memang menarik perhatian anak kecil tetapi bersih ke? Pastinya kita sendiri pun tak tahu apa yang berada di dasarnya.

Baca kompilasi kisah tentang permainan ball pit ini yang dikongsi di laman Facebook dan mendapat lebih 12 ribu share. Jangan muntah sudah lah!

Kisah 1 – hilang jam

pit1

Semuanya bermula hanya dengan kehilangan jam di kawasan ball pit itu namun selepas mencari dan menggali lambakan bola tersebut, apa yang dijumpai sangat mengejutkan. Kesan muntah, najis dan macam-macam lagi.

Tambahan kawasan tersebut hanya dibersihkan sebulan sekali.

Kisah 2 & 3- Tercucuk jarum, dipatuk ular

pit2

Pengalaman sama diceritakan oleh Lauren dari Australia yang kematian anaknya selepas bermain di ball pit ini. Anaknya cume mengadu sakit dan terdapat seperti kesan merah akibat terkena sesuatu.

Setelah diperhatikan, seolah ada objek tajam dan ianya jarum suntikan. Pihak polis mengalihkan bola-bola tersebut dan menjumpai sisa makanan, jarum, diapers, najis dan lain-lain.

Kisah 4 – Jangkitan kuman

pit3

Sumber : Siera Haiyi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×