Kelibat pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang menghadiri acara sukan di sekolah kedua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah, telah menyorot perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Keluar Bekerja, Kalau Suami Mati Baru Berkabung’- Puteri Sarah Jawab Isu Tak Hormat Tempoh Edah
Artikel Berkaitan: ‘Syamsul Tetamu Istimewa Datang Beraya’ – Puteri Sarah Liyana
Datang sekolah anak
Menerusi sepotong video yang dimuat naik seorang pengguna di Instagram, Syamsul dilihat mengenakan baju kemeja berona hitam dan putih beserta topi, hadir memberi sokongan kepada anaknya.
Dapat dilihat juga, Sumayyah yang sedang mengambil bahagian dalam sebuah acara sukan sedang diperhatikan oleh bapanya dari sisi padang.
Bertambah manis lagi, apabila Syamsul turut dilihat menepuk tangan beberapa kali serta mengukir senyuman di bibir ketika melihat gelagat anaknya.
Difahamkan, Syamsul hadir bersendirian tanpa ditemani bekas isterinya yang juga pelakon Puteri Sarah.
Aktres berusia 36 tahun itu tidak dapat menghadirkan diri kerana dikhabarkan baru sahaja selesai menjalani rawatan lasik pada matanya.
Sementara itu, rakaman video berkenaan telah dikongsikan semula di laman TikTok dan mendapat pelbagai reaksi wargamaya.
Rata-rata wargamaya memuji sikap pengarah filem Mat Kilau itu yang masih menjalankan tanggungjawab kepada anaknya meskipun sudah bercerai dengan Puteri Sarah.
Dalam masa sama, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa sebak melihat momen tersebut.
Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam , 6, dan Sumayyah, 5.
Video
View this post on Instagram
Sumber: TikTok