Busana ‘nasi lemak’ Miss Universe 2017 yang diumumkan semalam telah memulakan perbualan dalam kalangan netizen yang rata-rata ‘mengecam’ pakaian tersebut. Dalam pengumuman yang dibuat menerusi page Facebook Miss Universe Malaysia Official itu, model Samantha Katie James menjadi pilihan Brian Khoo untuk menggayakan rekaannya dalam pertandingan Miss Universe 2017 November nanti.
Artikel berkaitan: Miss Universe Malaysia 2017 ‘Pakai’ Nasi Lemak Ke Las Vegas
Dalam pada ia hangat diperbualkan netizen di ruangan media sosial, pereka fesyen tanah air, Hatta Dolmat turut tampil berkongsi sentimen yang sama terhadap dress pelik itu. Menerusi laman Instagramnya, Hatta menyelar konsep pakaian berkenaan sebagai ‘terdesak’.
Terdesak dengan konsep keterlaluan
Hatta seolah kecewa dengan konsep rekaan tersebut yang dikatakan agak keterlaluan dari segi konsep dan idea sedangkan ada sahaja rekaan lain yang boleh melambangkan Malaysia dengan lebih baik.
Malah, dalam status seterusnya, beliau berkongsi pendapat bahawa songket mendukung nilai yang lebih tinggi, lebih sesuai dalam memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa selain memiliki elemen tradisional.
Songket, nilai lebih tinggi
Iringan kapsyennya melihat beliau kecewa dengan sikap industri fesyen negara yang seolah tidak menghargai rekaan-rekaan klasik, sebaliknya memilih untuk mempamerkan rekaan yang keterlaluan sehinggakan gagal untuk melambangkan Malaysia sebaiknya.
Ingin membuka mata industri, beliau kongsi rasa kagum terhadap model antarabangsa, Naomi Campbell, seorang Barat yang berjaya membawa ‘imej’ Malaysia lebih baik dari orang Malaysia sendiri.
Lebih ‘Malaysia’ dari orang Malaysia
Bagi korang pula, siapa yang korang rasa lebih melambangkan Malaysia?
Sumber: Hatta Dolmat