Umumya mengetahui, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap individu perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun begitu, terdapat juga individu-individu bergelar artis dan selebriti media sosial yang didakwa menyalah guna pelepasan yang diberikan oleh pihak polis untuk merentas negeri.
Artikel Berkaitan: ‘Korang Merangkaklah Cari Kami Kat Padang Mahsyar Nanti’ – Influencer Respon Dakwaan Rentas Negeri
Artikel Berkaitan: Influencer Didakwa Rentas Negeri Pergi ‘Wedding’ Kawan, Netizen Minta Tindakan Tegas Diambil
Susulan daripada itu, penyanyi lagenda Dato’ Hattan, menerusi satu video di laman Instagram, berkongsi ‘nasihat mesra’ kepada mereka yang telah berbuat demikian.
Puncanya sikap artis & Instafamous
Foto: Tangkap layar video
Sebelum ini, tular satu notis yang telah ditampal di sebuah balai polis yang meminta mana-mana individu yang ingin membuat permohonan merentas negeri untuk mengemukakan alasan serta bukti kukuh susulan beberapa kes yang telah berlaku. Menerusi video satu minit 20 saat itu, Hattan menjelaskan apa yang berlaku bukan salah pihak polis, sebaliknya sikap selebriti media sosial dan artis itu sendiri.
Bukan salah dorang (polis), puncanya sikap Instafamous & selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingk**, kau punya pasal. Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai lah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras!
Pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang sesuka hati memuat naik aktiviti mereka di media sosial yang sekali gus meraih perhatian netizen.
Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan & raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung. Puncanya benda-benda bang*ng macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular.
Tidak berakhir di situ, sikap menunjuk-nunjuk yang dibuat oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan rakyat marhaen menanggung kesannya ditambah pula musim perayaan yang bakal disambut tidak lama lagi.
Bagaimanapun, notis yang sebelum ini telah ditampal di balai polis berkenaan sudah diturunkan namun, kebenaran rentas negeri hanya dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai alasan yang sah sahaja.
Video penuh
View this post on Instagram
Sumber: Dato’ Hattan