Baru-baru ini, penampilan pengacara Hawa Rizwana ketika menjadi hos sebuah program hiburan mendapat kecaman hebat apabila dia tampil dengan mengenakan pakaian berona merah jambu yang agak ketat.
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Digelar Mangsa Fesyen, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Pakaian Ketat
Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Bercinta, Hawa Rizwana Anggap Zizan Razak Sebagai Abang
Bertambah teruk lagi apabila ada segelintir netizen yang mendakwa pengacara itu telah menjadi mangsa fesyen selain berpendapat pakaian tersebut kurang sesuai dengan imej bertudungnya.
Masih belajar
Susulan itu, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan tampil memberi penjelasan dengan berkata dirinya masih dalam proses belajar mengenali industri seni termasuklah dari segi fesyen.
Saya masih lagi dalam proses belajar dalam industri dari banyak aspek termasulah dari segi berfesyen ni.
Sementara itu, menerusi tinjauan Oh Bulan! mendapati Hawa sudah pun memadam gambar pakaian tersebut di Instagram miliknya.
Untuk info, ini bukan kali pertama penampilan Hawa dikritik wargamaya apabila sebelum ini dia turut menerima kecaman gara-gara mengenakan seluar hitam kulit ketat yang dipadankan dengan baju-T berwarna gelap beserta jaket.