Buat pertama kalinya dalam sejarah, kita dapat menyaksikan satu anugerah berprestij yang meraikan semua content creator di Malaysia menerusi Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023.
TikTok Awards Malaysia 2023 bertema ‘Big On The Small Screen’ berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.
Sebanyak 13 buah kategori dipertandingkan di anugerah ini, tapi Creator of The Year juga yang paling ditunggu-tunggu!
Khairul Aming antara content creator yang berkualiti!
@khairulaming Terima kasih di atas sokongan anda semua. Ini award pertama saya dapat selepas 8 tahun membuat digital content. Award ni untuk korang semua ??? #TikTokAwardsMY #ForYouMalaysia
Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman bukanlah asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bukan hanya terkenal di platform TikTok, malah content creator dan usahawan ini juga sentiasa dihormati dengan sikap profesional dalam menangani sesuatu masalah.
Menepati ramalan semua orang, Khairul Aming telah pun dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023. Wow!
“Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia bangga sebab dah 8 tahun saya bekerja keras” – Khairul Aming
Siapa je tak happy bila dinobatkan sebagai pemenang betul tak? Selepas 8 tahun menjadi content creator akhirnya Khairul Aming diiktiraf sebagai Creator Of The Year 2023.
“Perasaan saya sangatlah terharu sebab ini kali pertama saya dapat anugerah selepas 8 tahun berkecimpung dalam dunia pembuatan content dan saya juga rasa teruja sebab anugerah ini akan jadi batu loncatan yang baru untuk menaikkan lagi industri content creator di Malaysia.” – Khairul Aming
Bukan senang, nak senang!
@khairulaming Hari ni genap aku berusia 30 tahun, dan aku compile video ni untuk dijadikan diari hidup dari umur 20 ke umur 30. Terima kasih kepada korang semua sebab support insan bernama khairulaming ni ???
Selepas bertahun-tahun mengharungi perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran, kenangan manis dan pahit semuanya membuatkan Khairul Aming berasa amat bersyukur dengan apa yang ada padanya hari ini.
Semuanya bermula dari zaman sekolah lagi dan pada ketika itu, media sosial masih belum wujud tau. Biar betul!
“Dengan menggunakan kamera digital yang ada di sekolah, saya mula merakam video kawan-kawan, dan bila masuk universiti saya teruskan minat untuk membuat video, seperti video percutian dengan kawan-kawan dan sebagainya.” – Khairul Aming
Min rasa korang semua mesti tau yang sebelum Khairul Aming bergelar content creator, beliau merupakan seorang graduan jurutera mekanikal dari luar negara?
Setelah kembali daripada belajar Khairul Aming bekerja di sebuah syarikat oil & gas namun rezeki tidak menyebelahi beliau. Orang tua-tua selalu pesan ‘rezeki tidak pernah salah alamat’ cuma kita kena bersabar.
Biasa lah, bila dah mula masuk ke alam pekerjaan memang sah-sah kita akan sibuk kan? Hal ini juga terjadi kepada Khairul Aming namun tiada apa yang mamapu mematahkan semangatnya untuk terus membuat content.
“Bila masuk ke dunia pekerjaan, saya dapati masa untuk keluar membuat video itu sangat terhad tetapi saya masih bersemangat untuk menghasilkan video- video content.” – Khairul Aming
https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7264135041972768008
Disebabkan mempunyai minat memasak sejak dari zaman universiti lagi, Khairul Aming dapat satu ilham untuk menggabungkan skill videography dan memasak lalu menghasilkan video masakan yang mudah dari rumah di bawah nama Khairulaming.
Perjalan hidup Khairul Aming bukan semudah yang kita sangka. Lain orang lain ceritanya!
Segalanya perlukan usaha!
“Saya mula membuat video masakan ketika di rumah sewa dengan hanya menggunakan alatan yang sedia ada seperti meja jepun yang pendek bersama besi almari yang dibengkokan untuk saya ikat kamera dari atas, siap dengan lampu kecemasan yang dibeli dari kedai DIY.” – Khairul Aming
Zaman-zaman ni FYP belum wujud lagi tau. Jadi Khairul Aming pun mintak lah tolong adik beradik dan kawan-kawan untuk kongsikan video tersebut.
“Saya rasa bersyukur mengambil keputusan untuk menceburi bidang content creator ni. Selepas 8 tahun, alhamdulillah sekarang saya dah berjaya membuat content secara full time dan berjaya membuka satu studio produksi, 2 kilang Sambal Nyet di Kota Bharu Kelantan.” – Khairul Aming
Terima kasih TikTok!
Difahamkan bilangan followers Khairul Aming di TikTok nya kini telah mencecah sebanyak 3.6 juta dengan jumlah likes yang diterima juga lebih 54.3 juta.
Bukan biasa-biasa penangan Khairul Aming ni!
Untuk pengetahuan korang, TikTok ni banyak membantu content creator terutamanya bagi mereka yang masih baru dalam dunia creator ni.
Kita dapat lihat yang TikTok banyak membuka peluang untuk kita membuat content yang menarik seperti memberi panduan tentang trend semasa, muzik yang tengah trend dan banyak lagi.
Nak berbisnes? Dengan TikTok tiada apa yang mustahil. Selepas pernah 4 kali gagal dalam bidang bisnes, akhirnya Sambal Nyet menjadi antara produk yang paling laris dijual di TikTok shop tau. Hebat kan!
@khairulaming Alhamdulillah jualan Sambal Nyet dah cecah 1 Juta botol ?? Tq so much guyss! #SambalNyet #MakanLokal
“Dulu saya boleh jual dalam 3000-4000 botol sehari, sekarang dengan adanya TikTok shop saya dapat naikkan lagi produksi sambal ke 6500 botol sehari.” – Khairul Aming
Terima kasih TikTok kerana menyediakan platform yang sangat berguna untuk rakyat malaysia mencari rezeki!
“Adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran supaya boleh jadi content creator yang berkualiti” – Khairul Aming!
Selepas dinobatkan sebagai Creator Of The Year, Khairul Aming ada juga menyelitkan pesanan kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak menjadi content creator untuk menghabiskan pelajaran dulu.
Bagi Khairul Aming untuk menjadi seorang content creator yang berkualiti bukan lah dengan menghasilkan video-video yang viral tapi perlu berpelajaran supaya kekal relevan dalam industri ini.
Habiskan sekolah dan belajar setinggi mana yang boleh dan jadilah insan yang mampu menyumbang sesuatu yang positif kepada masyarakat.
“From nothing, to something”
@khairulaming #duet with @Gordon Ramsay #Duet haaaaa Gordon Ramsay noticed my video. Thank you! ?
Biasanya kita hanya menyaksikan content creator ni berkarya pada screen yang kecil, tapi impak yang dibawa oleh mereka memang sangat luar biasa dan mampu memberi kesan kepada masyarakat sekeliling. Ini baru sesuai ‘Big On The Small Screen’!
Orang putih selalu cakap ‘A HERO can be built from ZERO’!
Apa yang kita boleh belajar dari Khairul Aming ialah jangan sesekali cepat putus atas dan sentiasa hormat orang lain.
Kita semua tahu yang Khairul Aming memang banyak menginspirasi masyarakat dengan caranya yang profesional mengendalikan masalah dan sebagainya. Sikap yang sangat humble membuatkan ramai orang meminatinya.
Wehhh…Sebut je nama Khairul Aming satu Malaysia kenal tau baik budak ataupun mak budak!
@khairulaming 30 Hari 30 Resepi akan bermula dalam masa beberapa jam lagi. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua ? #BukaPuasa #InspirasiRamadan
Bukan nak cakap apa lah, setiap kali bulan ramadhan min memang tunggu video memasak ‘30 Hari 30 Resipi’ dari Khairul Aming. Memang terliur beb! Silap-silap satu Malaysia excited nak tengok tau!
Melalui TikTok Awards ni kita dapat lihat yang semua pemenang memang telah banyak memberi inspirasi kepada masyarakat dengan bakat masing-masing.
Apa-apapun min nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan teruskan menginspirasi masyarakat sekeliling dengan bakat yang korang ada.
Klik SINI kalau nak tengok senarai pemenang TikTok Awards Malaysia 2023!