berita

Hidup Sebatang Kara Sejak Ibu Ayah Meninggal Akibat Covid-19, Ebit Lew Bantu Remaja Ini…

May 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebak membaca perkongsian dari pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew mengenai seorang remaja lelaki yang hidup berseorangan tanpa hala tuju. Ibu bapa kepada remaja ini difahamkan telah meninggal dunia akibat daripada dijangkiti positif Covid-19 pada bulan Januari lalu. Walaupun kehidupan remaja ini bagaikan sebatang kara namun, dia tetap kuat untuk menjalani hidup seperti kebiasaan tanpa ibu dan bapa di sisi.

Kecil lagi dah jadi gelandangan

Ebit Lew berjumpa dengan remaja berkenaan di sekitar Bukit Raja, Klang yang kelihatan sedang tidur di jalanan. Remaja ini terpaksa reda apabila ibu dan ayahnya telah meninggal dunia pada bulan Januari lalu disebabkan positif Covid-19. Lebih menyedihkan lagi apabila remaja berkenaan meluahkan kepada Ebit Lew di mana dia tiada sesiapa dalam hidupnya.

Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur di jalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif Covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.

Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah je terus adik ni menangis. Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada handpone. Tak kenal saya. Wajah bersih je jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.

Nak jumpa mak ayah di syurga

Malah, remaja ini juga sering diberi makanan untuk berbuka puasa dan bersahur daripada orang awam. Dia juga menerima pelawaan Ebit Lew untuk mendaftarkannya ke sebuah madrasah.

Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.

Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri ye. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×