Bekas isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan, Ain Afini tengah hari semalam telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira itu dimaklumkan sendiri PU Abu menerusi posting di laman Instagram.
Meluahkan rasa bersyukur, Ain Afini turut menitipkan pesanan buat bayi yang baru lahir tersebut.
Khalifah kecil umi ayah
Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa,
Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam,
Tendangan kecil yang menjadi peneman setia.
Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat.
Hiduplah dengan berkasih sayang
Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian. Pilih lah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah. .
Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni.
Contoh wanita hebat
Sumber : Ain Afini