berita

Hina Kakitangan TNB : Namewee Dihukum Buat Kerja Sosial

December 2nd, 2014 | by Wan
Kini Trending

namewee

Sebut saja nama Namewee, pasti ramai teringat kembali kontroversinya mencipta klip video lagu Negaraku yang menghina lagu kebangsaan.

Terbaru, Namewee mengaku bersalah kerana menghina seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira lima tahun lalu akibat tidak berpuas hati dengan bekalan elektrik rumahnya yang terputus.

Dipetik melalui mstar, Nawewee didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, Namewee memilih untuk menjalani hukuman tiga bulan kerja sosial setelah diberi pilihan oleh Hakim.

Sumber : mstar

SKIP THIS AD ×