berita

Hisyam Hamid Jadi Pak Sanggup Dalam Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan? Wow Kena Tengok Ni!

March 23rd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Orang dulu-dulu selalu cakap pasang surut kehidupan itu adalah satu lumrah. Tapi tak semuanya indah ada juga yang diduga dengan situasi yang mencabar dari orang lain.

Meski terluka, masih ada sinarnya! Karya Afiera Malik ini memang sangat dinanti-nantikan oleh semua kaki drama di Malaysia tau.

Pssttt…Dengar cerita Hisyam Hamid kena jadi pak sanggup tau. Dah kenapa pulak!

Perkahwinan yang tercipta dari satu penipuan!

Drama Samarinda terbaru Ramadan ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’ yang memaparkan kisah perkahwinan yang dibina atas satu helah dan kepentingan diri masing-masing.

Gandingan barisan pelakon hebat tahan air seperti Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Afifah Nasir, Niena Baharun dan Shah Iskandar yang memegang peranan yang penting dalam menjayakan drama ini.

Sudah jatuh ditimpa tangga!

Cerita ini mengisahkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya lakonan Janna Nick yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri.

Lara terpaksa berhenti sekolah demi mengambil alih perniagaan keluarganya selepas kematian ayahnya.

Perkahwinan abangnya, Lukman lakonan Shah Iskandar dengan Sabrina lakonan Afifah Nasir ternyata telah membangkitkan masalah kepada Lara kerana mereka tidak sebulu. Macam tu pulak eh!

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ. Ini baru betul guna cable!

Dah lah materialistik, curang pulak tu. Apa masalah si Sabrina ni sebenarnya eh?

Dugaan hidup Lara bertambah sadis apabila difitnah oleh Farah lakonan Niena Baharun yang turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir lakonan Hisyam Hamid.


Hidup Lara bertukar menjadi gelap dalam sekelip mata apabila diperkosa oleh Zakuan namun Zafir tetap mengawininya atas dasar cinta.

Adakah mereka akan bahagia?

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Lara mengandung dan Zafir pulak ragu-ragu dengan status anak itu yang mendorongnya untuk mengahwini Farah tanpa kebenarannya.

Apalah nasib Lara dan anak-anak lepas tu eh? Kalau nak tahu jangan lupa tonton drama ni sampai habis tau!

Nak tengok drama ni kat mana eh?

Sudah semestinya korang boleh tonton di TV3 dan jangan risau, sebab korang boleh tonton drama ni secara online di aplikasi penstriman paling best di Malaysia iaitu iQIYI. Mantap!

Pengguna VIP Ekspres boleh strim 1 episod baru setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 11 malam.

Manakala pengguna lain boleh mula menonton episod baru yang ditayangkan secara PERCUMA selepas 48 jam kemudian. Mudah kan, klik-klik je!

Segalanya ada di iQIYI!

Sementara nak tunggu episod baru keluar tu, apa kata korang layan dulu drama-drama lain yang ada di iQIYI.

Kalau selama ni susah nak cari platform yang ada pelbagai cerita Asia, jangan risau sebab iQIYI ada lebih 4000 drama dan filem yang korang boleh tonton secara percuma! K-Drama, C-Drama, Anime pun ada. Macam-macam ada!

Korang juga boleh merasai pengalaman tontonan yang jauh lebih menarik, jika korang menjadi ahli VIP iQIYI.

  • Boleh skip iklan
  • Dapat akses eksklusif dan Advanced Viewing (Akses pantas episod baru untuk VIP)
  • Dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos
  • Dapat tonton drama secara Full HD (Blu-Ray)

Menarik kan! Kalau korang berminat untuk menjadi ahli VIP iQIYI, jangan lupa untuk layari laman web iQIYI atau muat turun aplikasi iQIYI di Apple App Store, Google Playstore atau Huawei App Gallery untuk pendaftaran yang ringkas.

You Watch, iQIYI Reward ?

iQIYI baru-baru ini telah melancarkan watch & win feature, “You Watch, iQIYI Reward” untuk semua pengguna aplikasi tersebut.

Apa yang korang kena lakukan ialah lakukan tugasan yang disenaraikan seperti tonton drama di iQIYI, kumpul mata dan tebus hadiah yang lain dari yang lain seperti Dyson hair dryer, Airpod Pro, Dior & Chanel Perfume. Bukan biasa-biasa ni!

Min pulak yang excited!

Sempena musim Ramadan ini, iQIYI juga telah menambah beberapa hadiah khas Raya untuk korang tebus!

Jangan lupa untuk login ke aplikasi iQIYI dan maklumat lebih lanjut!

SKIP THIS AD ×