berita

Honor Perkenal Strategi Jenama Baharu Di Pelancaran Honor View40

February 1st, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Jenama teknologi global terkemuka, Honor melancarkan Honor View40 dalam satu acara yang berlangsung di Shenzen, China. Pada acara itu juga, Honor memperkenalkan strategi baharu jenama syarikat berkenaan yang kini bergerak sebagai satu jenama tunggal.

Artikel berkaitan: HUAWEI Cloud Storage Dah Diperbaharui! Kolaborasi Ini Memberikan Daya Tarikan Extraordinary!

Strategi Jenama Baharu Untuk Tahun 2021

Foto: TechStory

Majlis ini disempurnakan dengan ucapan dari CEO Honor, George Zhao. Salah satu perkara yang diperkatakannya di pentas adalah pengenalan slogan baru Honor iaitu “Go Beyond”.

“Kami sangat berterima kasih atas sokongan dari pengguna dan rakan setia kami yang telah menyokong kami selama tujuh tahun. Pelanggan kami adalah keutamaan nombor satu kami, dan ketika kami memulakan langkah baru yang menarik ini, kami berdedikasi untuk melangkah ke depan dan seterusnya untuk mencipta dunia pintar baru untuk semua orang di seluruh dunia”

Untuk mencapai misi dan memenuhi keperluan pelanggan yang terus berkembang, Honor memperkenalkan strategi jenama yang diperbaharui. Dengan memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama iaitu Semua Senario, Semua Saluran dan Semua Orang, sambil terus menerapkan strategi produk “1 + 8 + N”, HONOR akan berusaha untuk mewujudkan dunia pintar baru untuk semua orang.

Komitmen Honor

Foto: Phandroid

Komitmen Honor untuk mencipta inovasi dan R&D akan diteruskan bersama hampir 8,000 pekerja  meliputi 50% petugas R&D. Honor memiliki 5 pusat R&D dan lebih 100 makmal inovasi di seluruh dunia.

Honor juga turut mengumumkan bahawa mereka telah berjaya bekerjasama dengan beberapa jenama di seluruh dunia. Antara jenama yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Honor adalah AMD, Intel, MediaTek, Micron Technology, Microsoft, Qualcomm, Samsung, SK Hynix, dan Sony.

Honor juga akan memastikan semua produk dihasilkan menepati tahap kualiti yang ketat untuk memastikan ketahanan dan keselamatan, melepasi lebih 400 ujian dan menerima 20 persijilan antarabangsa sebelum dijual. Sokongan lepas jualan juga diutamakan, dengan lebih 3,000 pusat khidmat dan 43 pusat panggilan di 82 negara.

Honor View40

Foto: nextpit

Melancarkan debutnya di acara online “Sense the Future”, HONOR View40 serba baru dicipta untuk memberikan pengalaman visual yang menakjubkan menererusi teknologi paparannya yang canggih. Selain itu, Honor menggunakan cip keluaran Mediatek, iaitu Dimensity 1000+ di View 40. Cip ini dilengkapi teknologi GPU Turbo X dan Hunter Boost untuk memberikan pengalaman bermain game lebih baik.

Paparan View 40 menggunakan skrin OLED 6.72-inci yang melengkung di sisi, dengan resolusi tinggi 2676×1236. Skrin ini memiliki kadar penyegaran 120Hz serta kadar sentuhan 300Hz, ciri yang sangat menarik untuk bermain game.

Kuasa View 40 disalurkan oleh bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W. Hanya 15 minit diperlukan untuk mengecas sehingga 60% dan 35 minit untuk mencapai 100%. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar pantas 50W yang boleh mengisi 50% tenaga dalam masa 30 minit tanpa wayar.

Mengenai fotografi, sensor RYYB 50MP (1 / 1.56 inci) menggerakkan sistem kamera utama pada HONOR View40, menawarkan foto yang sangat terperinci dan prestasi cahaya rendah yang hebat, serta video 4K yang menakjubkan. Apa yang lagi menarik ialah penyambungan 5G yang menawarkan pemindahan data yang cepat dan permainan lag-free ketika menggunakan rangkaian yang menyokong 5G.

HONOR MagicBook Series dengan processor baru.

Foto: NDTV Gadgets 360

HONOR juga memperkenalkan dua peningkatan baru ke HONOR MagicBook Series, dengan HONOR MagicBook 14 dan HONOR MagicBook 15. Menampilkan processor Intel® Core ™ i7-1165G7 Gen ke-11 terbaru dan grafik diskrit NVIDIA® GeForce® MX450.

Model yang baru menawarkan pengalaman penggunaan yang hebat berbanding dengan generasi sebelumnya. Prestasi keseluruhan meningkat sebanyak 49 peratus dengan frekuensi maksimum sebanyak 4.7GHz. Selain itu, HONOR MagicBook 14 dan 15 dilengkapi dengan reka bentuk dual antena Wi-Fi 6 dan 2X2 MIMO yang membolehkan kelajuan pemindahan tanpa wayar hingga 2400Mbps, kira-kira 2.7 kali kelajuan Wi-Fi 5.

HONOR View40 mula dijual di China mulai 22 Jan. Ia dilengkapi dengan 8GB RAM, dan mempunyai varian storan 128GB dan 256GB, masing-masing berharga RM 2,247 dan RM 2,497.

SKIP THIS AD ×