berita

Hubungan Dengan Nabila Kembali Jernih, Amy Search Anggap Syawal Kali Ini Cukup Bermakna

June 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setelah 3 tahun tidak dapat merasai pengalaman beraya bersama seorang bapa, pelakon Nabila Huda, akhirnya dipertemukan dengan bapanya iaitu Amy Search oleh pengarah Erma Fatima yang bertindak sebagai orang tengah. Pertemuan tersebut berlaku apabila Nabila datang beraya ke rumah bapanya di Denai Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi laporan Berita Harian, penyanyi rock Amy Search, menyatakan bahawa Syawal kali ini cukup bermakna buat dirinya kerana hubungan antara dia dengan Nabila sudah kembali jernih. Dia turut berterima kasih kepada Erma dan isteri selaku individu yang menyatukan mereka berdua. Alhamdulillah!

Mereka orang yang paling penting

Menurut Amy, Erma Fatima dan isterinya, Norhasniza Hassan atau Nourish, merupakan individu yang berusaha menjernihkan kembali hubungan antara diirnya dan Nabila.

Saya memang tidak boleh menggambarkan dengan kata-kata mengenai detik berharga ini apabila hubungan saya dan Nabila kembali baik. Pada masa sama, saya bersyukur dengan rahmat penyatuan ini. Kami memang berdepan sedikit salah faham (dengan Nabila) membabitkan cucu (Keisha Laila), dan ia berpanjangan hingga mengeruhkan keadaan.

Saya dan Nabila pula masing-masing tebal dengan sifat merajuk serta degil. Kedua-dua tidak mahu beralah. Kami bersikap seperti budak-budak apabila perkara sebegini terjadi. Sewaktu kami bersua semula, saya dan Nabila saling berpandangan serta ketawa mengenangkan perangai masing-masing.

Saya tidak tahu perancangan mereka

Perancangan yang dilakukan Erma dan isterinya itu tidak dapat dikesan langsung oleh dirinya walaupun ketika itu anaknya yang lain tiada di rumah.

Saya harus memuji usaha Erma dan isteri. Saya juga amat bersyukur dengan usaha dilakukan mereka. Saya rasa, jika bukan kerana semua ini, mungkin saya dan Nabila akan terus membawa haluan sendiri.

Erma pada awalnya datang nak beraya di rumah dan saya memang tidak dapat menghidu pakatan mereka. Hanya selepas dua jam kami rancak berborak, Nabila, suami dan anaknya menyusul. Pada masa sama, isteri sudah meminta anak saya yang lain keluar menonton wayang. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik.

Amy juga menafikan bahawa isterinya merupakan punca hubungannya dengan Nabila menjadi renggang.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×